PERTANDINGAN MULTIMEDIA POWERPOINT – SLIDE POSTER “MENARIK DI PORT DICKSON”

Tarikh : 24 Disember 2016

Hari : Sabtu

Tujuan :

Mengasah bakat anak anak muda yang berada di Kuala Lukut akan pengetahuan untuk membuat Slide Poster mengunakan Microsoft Office”PowerPoint”.

Butir-butir Berkaitan Aktiviti :

• Program ini adalah anjuran Pusat Internet 1 Malaysia Lukut dengan melibatkan anak –anak muda Kuala Lukut yang berumur 07 hingga 13 Tahun.
• Melibatkan hampir 10 orang anak muda yang mengambil bahagian yang terdiri daripada penduduk di Rumah Rakyat Kuala Lukut dan kawasan sekitarnya.
• Hadiah Terbaik Pertama, Kedua & Ketiga serta hadiah saguhati diberikan pada peserta yang terlibat.
• Slide Video KDB ditunjukan di akhir sesi penghujung acara.

Kebaikan/Kelebihan Aktiviti :

• Mengasah bakat anak muda dalam perisian “Power Point”.
• Menerapkan tajuk Menarik Di Port Dickson sejajar Pi1M Lukut berada di kawasan kluster Port Dickson.
• Mengeratkan silaturrahim dengan staf PI1M.
• Melatih kemahiran bercakap dan berani ke hadapan ketika membentangkan slide yang dihasilkan.

Perlaksanaan Aktiviti Utama :

Pertandingan poster Power Point di Pi1M Lukut dimulaikan dengan sesi pendaftaran peserta, dan disusuli dengan penerangan pertandingan. Pertandingan berlangsung selama 1 jam . Satu peserta dan 1 pc sahaja untuk menyiapkan slide poster. Video KDB juga disiarkan ketika sesi permarkahan dan sesi penutup Akhir sekali diberi hadiah kepada peserta yang menang.