PROGRAM ADVOKASI KDB (KLIK DENGAN BIJAK)

Tarikh : 07 November 2016

Hari : Isnin

Tujuan :

Pendedahan mengenai kesedaran Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu tentang “Maklumat Palsu” di kalangan pelajar sekolah.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :

• Aktiviti KDB dijalankan di Sekolah Agama Rakyat Taman Desa Permai dengan salah satu tajuk dari KDB iaitu “Maklumat Palsu” dengan hampir 80 orang pelajar termasuk guru.
• Aktiviti ini dijalankan bersama Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Paya.
• Aktiviti diterangkan dengan melalui slide “Microsoft Power Point”, video-video KDB yang berkaitan, soalan-soalan berkaitan dengan KDB dan juga Kuiz Mencari Perkataan Tersembunyi yang mengandungi ayat-ayat dari KDB.
• Brochure KDB juga turut diedarkan untuk pendedahan pelajar yang tidak dapat turut serta ketika aktiviti dijalankan disebabkan kekangan tempat.
• Hadiah saguhati serta beg Klik Dengan Bijak disediakan untuk pelajar yang terlibat.

Kebaikan/Kelebihan aktiviti :

• Memperkenalkan Klik Dengan Bijak kepada para pelajar.
• Mengeratkan silaturrahim dengan staf Pi1M serta para pelajar dan guru.
• Memberi pengetahuan kepada para pelajar dalam keselamatan melayari internet.