MINI GOTONG ROYONG DI PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA LUKUT

Tarikh : 27 Januari 2017

Hari : Jumaat

Tujuan :

Mengasah bakat anak anak muda yang berada di Kuala Lukut akan pengetahuan untuk membuat Slide Poster mengunakan Microsoft Office”PowerPoint”.

Butir-butir Berkaitan Aktiviti :

• Program ini adalah anjuran Pusat Internet 1 Malaysia Lukut dengan melibatkan anak –anak muda Kuala Lukut yang berumur 07 hingga 12 Tahun.
• Aktiviti dijalankan dengan membersihkan di kawasan di dalam Pi1M dan di luar.
• Aktiviti disudahi dengan jamuan makan sarapan pagi bagi yang menyertai aktiviti tersebut.

Kebaikan/Kelebihan Aktiviti :

• Melatih penguna Pi1M khasnya untuk menjaga kebersihan dan kemudahan Pi1M Lukut.
• Menerapkan sifat kebersihan adalah penting ketika di Pi1M.
• Mengeratkan silaturrahim dengan staf Pi1M.

Perlaksanaan Aktiviti Utama :

Mini Gotong Royong Pi1M dimulai dengan pembahagian tugas dikalangan peserta untuk membersihkan didalam Pi1M dan juga diluar Pi1M seperti kerja-kerja mengemop lantai, membersihkan tingkap dan pintu Pi1M serta dibahagian luar Pi1M. Aktiviti diakhiri dengan sarapan pagi apabila kerja gotong royong selesai.