KURSUS MODUL ICT MEDIA SOSIAL

Aktiviti terkini | 30 September 2017

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet 1Malaysia Lukut

Tujuan :
• Ianya adalah usahasama dari Pihak Berkuasa Agama Negeri/Daerah dan kakitangan Pi1M untuk memberi pendedahan dan pembelajaran pada media sosial kepada peserta yang dipilih oleh Jabatan Agama Islam Daerah Port Dickson.
• Untuk memberi tunjuk ajar cara penggunaan dan peranan media sosial adalah satu medium baru digital yang interaktif seperti blog, facebook, Instagram dan pengunaan yang ekfisyen tentang telefon pintar.

Kelebihan Aktiviti :
• Melalui pengunaan media sosial seperti, Facebook, Instagram dapat mengenali pelbagai pihak dari pelbagai latar belakang di seluruh dunia dan seterusnya dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
• Dapat membuka minda dan menambahkan pengetahuan mengenai isi yang disampaikan oleh program advokasi dan mengenai media sosial, Pi1M dan lain-lain lagi.

Butiran Aktiviti :
• Aktiviti dijalankan di Pi1M Lukut selama dua hari.
• Melibatkan kehadiran 10 orang peserta dari Guru Agama Sekolah Rakyat di daerah Zon Lukut.
• Aktiviti dijalankan dengan pendaftaran peserta dan diberi modul lengkap kepada setiap peserta untuk bahan rujukan setelah tamat kursus ini nanti.
• Pada hari pertama, pembelajaran mengunakan Gmail, Facebook, Blog(WordPress), WhatsApp dan juga Instagram.
• Pada hari kedua, pembelajaran mengunakan applikasi Youtube dan telefon Pintar untuk membuat video (Viva-Video), applikasi MP3 Cutter, Pics Arts & Photo Grid pula diajar untuk peserta mengetahui cara untuk membuat video, memasukkan lagu didalam video dan juga editing gambar melalui telefon pintar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :