HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti terkini | 14 Disember 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Pekan Lukut

Tujuan :
• Menghargai ahli dan pengunjung setia PI Pekan Lukut.
• Mengeratkan silaturrahim dalam kalangan ahli dan komuniti setempat.
• Menambahkan pengetahuan tentang advokasi Klik Dengan Bijak.

Butiran Aktiviti :
• Program dimulakan dengan Bacaan Yassin dan juga doa selamat beramai-ramai.
• Pengurus Pusat Internet memberikan sedikit ucapan berkaitan Pusat Internet, program dan dijalankan dan juga Klik Dengan Bijak.
• Acara Cabutan Bertuah dijalankan dan hadiah disampaikan oleh Pengurus dan juga Sukarelawan PI.
• Pengurus menjemput para hadirin untuk menjamu selera.
• Sementara menjamu selera, Pengurus PI mengedarkan Kuiz tekan silang kata pada hadirin untuk menjawab kuiz yang telah disediakan.
• Pengurus PI menyampaikan hadiah kepada 2 pemenang Kuiz Advokasi.

Kelebihan Aktiviti :
• Menambahkan pengetahuan berkenaan penggunaan internet dengan betul.
• Dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan komuniti setempat.
• Memberi peluang kepada komuniti untuk mengetahui perkembangan PI dan aktviti akan datang yang bakal dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :