BACAAN AL-QURAN FLASH

Aktiviti terkini | 27 Mei 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Pekan Lukut

Tujuan :
• Mengimarahkan bulan Ramadhan ini dengan aktiviti-aktiviti ilmiah dengan membaca Al-Quran secara digital disamping itu juga peserta dapat menambah amalan dengan aktiviti yang bermanfaat.
• Mendapat ilmu tentang cara pembacaan Al-Quran secara digital yang betul.

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti dimulakan dengan kata aluan dari petugas Pi1M tentang cara-cara bagaimana untuk membaca Al-Quran dilaman sesawang
• Peserta melayari laman sesawang (Quranflash) untuk sesi pembacaan
• Membaca Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan dan dimulai dengan Surah Ad-Dhuha hingga ke Surah An-Nas
• Petugas Pi1M memimpin anak-anak muda Pi1M Lukut bagi mereka yang masih kurang berkebolehan untuk membaca Al-Quran dengan lancar
• Aktiviti diakhiri dengan doa ringkas

Kelebihan Aktiviti :
• Menyemai budaya membaca Al-Quran dibulan Ramadhan dikalangan ahli-ahli Pi1M.
• Salah satu bentuk pemanfaatan teknologi yang bermanfaat dalam hal keagamaan diantaranya dengan hadirnya laman web alquran yang boleh dilayari bila-bila masa sahaja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :