PROGRAM ADVOKASI DI SK DATO’ MELANA

Aktiviti terkini | 23 April 2019

Tempat Aktiviti:
SK Dato Melana, Rantau, Negeri Sembilan.

Tujuan :
• Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
• Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet

Pelaksanaan Aktiviti :
• Slot 1 : Pengenalan (MCMC, Tujuan, Inisiatif, Penggunaan Internet, Pusat Interenet)
• Slot 2 : Penipuan Internet (berfokuskan kepada penipuan kewangan atau scammer, contoh, akibat dan cara menangani atau kenalpasti)
• Slot 3 : Berkongsi Secara berlebihan ( Contoh, Akibat, maklumat yang tidak boleh dikongsi, cara menangani)
• Slot 4 : Soal jawab bersama guru-guru dan murid-murid

Kelebihan Aktiviti :
• Untuk mendidik masyarakat agar menggunakan internet dengan cara yang selamat
• Untuk menggalakkan masyarakat untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian (online)
• Untuk memupuk penggunaan kandungan berangkai secara positif di kalangan masyarakat

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :