PROGRAM ADVOKASI DI KOLEJ VOKASIONAL PORT DICKSON

Aktiviti terkini | 18 Jun 2019

Tempat Aktiviti:
Kolej Vokasional Port Dickson

Ringkasan Aktiviti :
Taklimat Advokasi yang bertemakan “Oversharing and Cyberbullies” dilaksanakan setelah pihak Kolej Vokasioanl menerima tawaran dari pihak pusat internet. Empat orang Petugas Internet terlibat dalam taklimat ini iaitu Pengurus PI Kg Paya, Pengurus PI Rantau dan Pengurus PI Pekan Lukut dan PI Kg Si Rusa. Seorang wakil dari Pejabat Penerangan PD turut serta dalam menjayakan taklimat ini. Murid- murid seramai 513 orang dan 2 orang guru menyertai taklimat ini. Program ini berjalan lancar sepanjang program yang mengandungi 5 slot dan diakhiri dengan pertukaran cenderahati oleh pihak sekolah dan pihak PI.

Tujuan Aktiviti :
• Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
• Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet

Kelebihan Aktiviti :
• Untuk mendidik masyarakat agar menggunakan internet dengan cara yang selamat
• Untuk menggalakkan masyarakat untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian (online)
• Untuk memupuk penggunaan kandungan berangkai secara positif di kalangan masyarakat

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :