FB LIVE JOM KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti terkini |22 November 2020

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Pekan Lukut

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan mengenai apa itu Klik Dengan Bijak dan objektifnya.
• Menerangkan serba sedikit kegunaan internet, kebaikan dan keburukannya.
• Menjelaskan mengenai maklumat palsu, jenis-jenis maklumat palsu, kemudaratan yang berlaku dan bagaimana untuk memastikan maklumat itu sahih.
• Menerangkan mengenai portal dan aplikasi sebenarnya.my.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Petugas memulakan sesi FB Live dengan memberi penerangan mengenai apa itu program Klik Dengan Bijak.
• Petugas menjelaskan bagaimana dalam zaman era globalisasi masa kini, internet merupakan platform yang sering digunakan semua lapisan masyarakat.
• Menerangkan bagaimana sesuatu maklumat yang tidak pasti kesahihannya boleh mendatangkan kesan yang buruk jika tidak dibendung.
• Sesi diakhiri dengan penerangan mengenai bagaimana untuk memastikan kesahihan sesuatu berita itu menggunakan portal sebenarnyamy.

Kelebihan Aktiviti :
• Menambah kefahaman kepada orang ramai mengenai apa itu sebenarnya Klik Dengan Bijak.
• Mendidik orang ramai walaupun berbagai manfaat yang diperolehi dengan penggunaan internet, malah terdapat juga keburukan penggunaannya.
• Memberi kefahaman bagaimana dengan maklumat palsu boleh menjejaskan kehidupan harian seseorang individu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :