ADVOKASI JENAYAH SIBER

Aktiviti terkini | 30 Januari 2021

Tempat Aktiviti:
Facebook page PIK Pekan Lukut

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan dan maklumat berkenaan portal mengenalpasti nombor akaun dan no telefon yang diragui, Check Your Label pada peranti dan juga Mobile E-Waste.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Petugas memberikan nasihat supaya menyemak perakuan peranti komunikasi para penonton melalui Check Your Label atau boleh semak terus melalui pengaturan (Legal & Regulatory) pada telefon pintar masing-masing.
• Seterusnya, penting untuk melupuskan peranti komunikasi yang tidak lagi digunakan sperti kempen yang disarankan oleh MCMC iaitu Mobile E-Waste. Petugas menyatakan tempat yang boleh dihantar bagi pengumpulan sisa e-waste iaitu PIK.
• Tajuk utama siaran langsung adalah berkongsi tentang contoh modus operandi penipuan atas talian, mangsa-mangsa yang menjadi sasaran an cara menyemak nombor telefon dan nombor akaun yang diragui.
• Di akhir siaran langsung petugas memberikan 3 soalan untuk dijawab oleh para penonton dan memberi hadiah berupa wang tunai RM10 kepada setiap seorang. Hadiah ini disampaikan melalui tunai.
• Petugas juga memaklumkan tentang tawaran pinjaman netbook kepada 10 orang murid sekolah yang memerlukan. Urusan pinjaman melalui temujanji.

Kelebihan Aktiviti :
• Berkongsi maklumat yang bermanfaat seperti berkongsi portal semakan nombor telefon dan nombor akaun yang diragui, semak perakuan peranti komunikasi.
• Para penonton berpeluang menerima hadiah wang tunai untuk yang berjya menjawab soalan di waktu siaran langsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :