AKTIVITI BULANAN : AKTIVITI MEMBUAT PENANDA BUKU KREATIF

Aktiviti terkini |21 Mac 2021

Tempat Aktiviti:
PIK Pekan Lukut

Tujuan Aktiviti :
• Mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti berfaedah.
• Mengasah bakat kreativiti peserta dalam penghasilan bahan yang kreatif.
• Meningkatkan daya tumpuan peserta dalam penghasilan bahan yang kemas dan kreatif.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Petugas terlebih dahulu menerangkan secara ringkas mengenai apa itu penanda buku dan apa kegunaanya.
• Petugaskan menjelaskan kriteria yang diperlukan dan juga menunjukkan contoh-contoh penanda buku sebagai rujukan peserta.
• Peserta memulakan aktiviti dan diakhiri dengan penyampaian saguhati kepada semua.

Kelebihan Aktiviti :
• Mengembangkan bakat kreatviti peserta dalam menghasilkan penanda buku.
• Meningkatkan daya tumpuan peserta semasa menghasilkan penanda buku disamping menambah ilmu pengetahuan baru.
• Memupuk semangat daya saing yang positif antara satu sama lain.
• Peserta boleh menggunakan penanda buku yang dihasilkan ketika membaca buku.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :