AKTIVITI BULANAN : AKTIVITI MEMBUAT KAD UCAPAN SEMPENA HARI IBU

Aktiviti terkini |8 Mei 2021

Tempat Aktiviti:
PIK Pekan Lukut

Tujuan Aktiviti :
• Mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti berfaedah.
• Mengasah bakat kreativiti peserta dalam penghasilan kad yang kreatif.
• Meraikan pengorbanan seorang ibu dalam kehidupan anak-anak dengan menghadiahkan kad ucapan yang bermakna.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Petugas terlebih dahulu menerangkan secara ringkas tentang sambutan Hari Ibu yang disambut setiap tahun pada 08 Mei.
• Petugas menunjukkan contoh-contoh kad ucapan yang menarik di internet sebagai rujukan kepada peserta.
• Petugas memberi kebebasan kepada peserta dalam menghasilkan kad ucapan mengikut kreativiti masing-masing.
• Peserta memulakan aktiviti dan diakhiri dengan sesi bergambar peserta dengan kad ucapan mereka dan kemudian menyerahkan kepada ibu masing-masing.

Kelebihan Aktiviti :
• Mengembangkan bakat kreatviti peserta dalam menghasilkan kad ucapan yang menarik.
• Meningkatkan daya tumpuan peserta disamping menambah ilmu pengetahuan baru.
• Memupuk semangat daya saing yang positif antara satu sama lain.
• Menghargai jasa pengorbanan seorang ibu dalam membesar dan mendidik anak-anak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :