AKTIVITI BULANAN : KELAS MICROSOFT PAINT BERSAMA PELAJAR TABIKA KEMAS BATU 3 KUALA LUKUT

Aktiviti terkini |19 November 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Lukut

Tujuan Aktiviti :
• Memberi peluang kepada pelajar untuk mendapat pendedahan awal mengenai Microsoft Paint.
• Memberi penerangan ringkas mengenai Microsoft Paint kepada pelajar.
• Membantu pelajar untuk melatih kemahiran motor mereka, terutama sekali untuk menulis dan melukis.
• Memberi peluang kepada pelajar untuk mengasah bakat kreativiti mereka.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Aktiviti ini dijalankan di Bilik Seminar, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Lukut.
• Aktiviti merupakan Kerjasama Bersama Tabika Kemas Batu 3 Kuala Lukut, Port Dickson.
• Penerangan ringkas mengenai Microsoft Paint dan cara untuk menggunakannya.
• Pelajar diberi peluang untuk menggunakan Microsoft Paint melalui penggunaan Smart Board mengikut giliran.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan mengenai Microsoft Paint dari usia yang muda kepada pelajar.
• Pelajar dapat melatih kemahiran motor mereka.
• Pelajar dapat mengasah bakat kreativiti mereka.
• Mengukuhkan kedudukan PEDi Pekan Lukut sebagai pusat untuk komuniti setempat mendapatkan latihan ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :