FACEBOOK LIVE : KELAS SHOPEE – BAB 5 (BAHAGIAN 2 : PROMOSI DISKAUN)
Aktiviti terkini |22 Ogos 2021Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Internet Komuniti Pekan Lukut -DIGI
Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan mengenai salah satu alat pemasaran yang disediakan oleh Shopee kepada usahawan yang berniaga melalui platform Shopee.
• Memberi penerangan berkenaan langkah-langkah untuk mencipta dan mengaturkan Promosi Diskaun bagi sesebuah kedai di Shopee.
• Membantu usahawan atas talian untuk menaikkan jumlah jualan dan kunjungan dari bakal pembeli.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• FB Live ini dilakukan secara atas talian melalui Facebook Page PIK Pekan Lukut.
• Penerangan mengenai definisi promosi diskaun dan kelebihan membuat promosi diskaun
• Penjelasan mengenai langkah-langkah untuk membuat promosi diskaun, termasuk untuk tetapan kumpulan, dan tetapan harga khusus barangan jualan.
• Menjawab beberapa soalan lazim yang sering kemukakan oleh usahawan mengenai Promosi Diskaun di Shopee
Kelebihan Aktiviti :
• FB Live ini boleh diakses secara atas talian pada bila-bila masa.
• Memberi pengetahuan baru bagi para usahawan atas talian.
• Membantu usahawan di Shopee untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan.
• Membantu usahawan di Shopee untuk meningkatkan jumlah jualan melalui salah satu peralatan pemasaran yang disediakan oleh Shopee.
• Menjawab persoalan yang sering ditanyakan oleh usahawan di Shopee mengenai Promosi Diskaun.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :