FACEBOOK LIVE : KELAS SHOPEE INTERMEDIATE – BAB 3 (BAHAGIAN 4 : KADAR PESANAN TIDAK DIPENUHI & KADAR PENGHANTARAN LEWAT)
Aktiviti terkini |9 Oktober 2021Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Internet Komuniti Pekan Lukut - DIGI
Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan mengenai Polisi Pemenuhan Shopee.
• Memberi penerangan mengenai Kadar Pesanan Tidak Dipenuhi dan Kadar Penghantaran Lewat.
• Menunjukkan cara Kadar Pesanan Tidak Dipenuhi dan Kadar Penghantaran Lewat dikira.
• Membantu usahawan Shopee untuk mengekalkan prestasi kedai mereka.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Aktiviti ini dijalankan secara langusng di atas talian melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Pekan Lukut – DIGI.
• Penerangan mengenai Polisi Pemenuhan Shopee dan sebab-sebab polisi ini diadakan.
• Penerangan mengenai Kadar Pesanan Tidak Dipenuhi dan Kadar Penghantaran Lewat.
• Penjelasan mengenai cara kiraan kedua-dua jenis kadar berserta cara mata penalti dikenakan.
• Penjelasan mengenai sebab dan cara untuk memastikan kedua-dua kadar tersebut berada di paras yang rendah.
Kelebihan Aktiviti :
• Video aktiviti ini boleh diakses pada bila-bila masa melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Pekan Lukut – DIGI.
• Usahawan yang berniaga di Shopee akan dapat memahami mengenai Kadar Pesanan Tidak Dipenuhi dan Kadar Penghantaran Lewat.
• Membantu usahawan untuk mengenalpasti cara kedua-dua kadar tersebut dikira dan bagaimana ia dapat memberi kesan kepada akaun mereka.
• Membantu usahawan untuk mengekalkan prestasi kedai mereka agar kedai mereka kekal sebagai kedai yang menjadi pilihan pengguna.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :