AKTIVITI BULANAN : PROGRAM BUBUR LAMBUK SURAU AL HIDAYAH RUMAH RAKYAT KUALA LUKUT

Aktiviti terkini |17 April 2022

Tempat Aktiviti:
Surau Al Hidayah Rumah Rakyat Kuala Lukut

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti ini dijalankan di Surau Al Hidayah Rumah Rakyat Kuala Lukut. Seminggu sebelum berlangsungnya program, AJK surau meminta bantuan petugas untuk membuat “brochure” untuk diedarkan kepada penduduk setempat.
• Aktiviti dimulakan dengan penduduk menyediakan bahan-bahan masakan untuk bubur lambuk dan diikuti dengan proses memasak.
• Akhir sekali, pembungkusan dan pengagihan bubur lambuk kepada penduduk setempat Rumah Rakyat Kuala Lukut.

Tujuan Aktiviti :
• Mengeratkan hubungan silaturrahim bersama penduduk setempat Rumah Rakyat Kuala Lukut.
• Mengimarahkan Bulan Ramadhan tahun ini melalui Program Bubur Lambuk.
• Memupuk semangat kerjasama antara sesama penduduk dalam menyediakan juadah bubur lambuk.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Aktiviti ini dijalankan di Surau Al Hidayah Rumah Rakyat Kuala Lukut.
• Seminggu sebelum berlangsung program, AJK surau meminta bantuan petugas menghasilkan ‘brochure” untuk hebahan kepada penduduk setempat.
• Aktiviti dimulakan dengan penyediaan bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk dan seterusnya proses memasak.
• Aktivit diakhiri dengan pembungkusan dan pengagihan kepada penduduk Rumah Rakyat Kuala Lukut.


Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk semangat gotong-royong sesama penduduk setempat dalam bersama-sama menggembeleng tenaga membuat bubur lambuk.
• Mengisi masa lapang pada bulan Ramadhan dan hujung minggu dengan aktivti yang berfaedah.
• Menjalinkan ikatan silaturrahim yang erat antara penduduk setempat.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :