ICT SUPER CAMP ANJURAN PEDI KAMPUNG PAYA DAN PEDI PEKAN LUKUT

Aktiviti terkini |14, 15 & 16 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Paya

Ringkasan Aktiviti :
• Program ICT Super Camp ini telah dirancang bersempena cuti sekolah bulan Disember.
• PEDi Kampung Paya dan PEDi Pekan Lukut telah membuat perancangan yang teliti bagi membantu peserta untuk meluangkan waktu cuti sekolah dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan menyeronokkan.
• Program ini telah dijalankan selama tiga hari bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 4.30 petang.
• Aktiviti-aktiviti telah diselang-selikan dengan pembelajaran menggunakan komputer dengan aktiviti lain bagi mengurangkan ‘screen time’ peserta sekali gus mengekalkan tenaga peserta.
• Program ini telah disertai oleh 10 orang peserta dan dikendalikan oleh petugas kedua-dua PEDi yang terlibat.

Tujuan Aktiviti :
• Membantu peserta untuk memanfaatkan waktu cuti sekolah dengan aktiviti yang menarik.
• Mengajar peserta mengenai teknologi maklumat dan maklumat.
• Mengajar peserta untuk menggunakan aplikasi komputer seperti Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, dan Canva.
• Memberi penerangan mengenai beberapa tajuk di bawah inisiatif Klik Dengan Bijak, seperti buli siber dan terlebih kongsi.
• Meluaskan pengetahuan peserta mengenai perbezaan di antara sisa biasa dan e-sisa serta program Mobile E-Waste yang baru-baru ini dijenamakan semula sebagai KITAR.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini telah dijalankan selama tiga hari, bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 4.30 petang.
• Program dimulakan dengan sesi perkenalan di antara peserta dan petugas yang terlibat.
• Bagi aktiviti untuk Microsoft Powerpoint, peserta dikehendaki untuk membuat slaid pembentangan mengenai diri mereka, dan membuat pembentangan di hadapan kelas.
• Bagi aktiviti untuk Canva, peserta diberi peluang untuk meneroka kreativiti masing-masing untuk mencipta jadual harian dan kad hari lahir.
• Aktiviti Microsoft Word dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama, peserta perlu menaip semula teks yang diberi di Microsoft Word. Bahagian kedua, peserta perlu membuat karangan berasaskan gambar yang diberi. Bahagian yang ketiga pula, peserta perlu mencipta karangan berdasarkan tajuk yang telah disediakan oleh petugas.
• Dua topik Klik Dengan Bijak telah dipilih untuk program ini, buli siber dan terlebih kongsi. Petugas memaparkan video yang berkaitan dan memberi penerangan tambahan mengenai topik tersebut.
• Sama seperti Klik Dengan Bijak, petugas menunjukkan video berkenaan Mobile E-Waste atau KITAR dan memberi penerangan mengenai e-sisa dan cara untuk melupuskan e-sisa dengan cara yang betul.


Kelebihan Aktiviti :
• Peserta dapat meluangkan waktu cuti sekolah dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah.
• Peserta dapat mempelajari mengenai cara untuk menggunakan komputer.
• Peserta dapat melatih kemahiran menggunakan komputer, seperti menaip, komponen komputer, menggerakkan tetikus, dan sebaginya.
• Dapat menambahkan pengetahuan penduduk setempat mengenai Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia.
• Menigkatkan kedudukan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia sebagai pusat untuk mendapatkan maklumat dan latihan komputer.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :