AKTIVITI BULANAN : KELAS 3D SKETCH UP ( KEYCHAIN DESIGN)

Aktiviti terkini |6 & 1 Februari 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Pekan Lukut

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pengetahuan baharu kepada pelajar untuk mempelajari penghasilan benda lain selain mencipta rumah menggunakan 3D Sketch Up.
• Menilai kefahaman pelajar dalam menggunakan toolbar 3D Sketch Up yang sudah dipelajari.
• Mengasah pemikiran kreatif pelajar dalam menghasilkan keychain yang menarik.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Aktiviti ini dijalankan di Bilik Seminar, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Pekan Lukut.
• Petugas menerangkan terlebih dahulu mengenai keychain yang selalu kita gunakan dan bagaimana boleh menghasilkan keychain tersebut menggunakan 3D Sketch Up.
• Petugas membuat tunjuk ajar secara langsung dari awal permulaan sehingga akhir penghasilan keychain untuk memberi kefaham dan memudahkan pelajar.
• Pelajar mula menghasilkan keychain mereka mengikut kreativiti masing-masing.


Kelebihan Aktiviti :
• Mengasah daya pemikiran kreatif dan kritis pelajar.
• Mengisi masa lapang pelajar pada hujung minggu melalui akitviti yang berfaedah.
• Menambah pengetahuan baru kepada pelajar iaitu menghasilkan keychain selain daripada menghasilkan rumah menggunakan 3D Sketch Up.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :