KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN MPKK KAMPUNG KUALA LUKUT

Aktiviti terkini |17 Julai 2022

Tempat Aktiviti:
Balai Raya Kampung Kuala Lukut

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti ini telah dijalankan di Balai Raya Kampung Kuala Lukut. Aktiviti ini telah dianjurkan oleh pihak MPKK Kampung Kuala Lukut, dan disertai oleh pihak Hospital Port Dickson.
• Tujuan utama Kempen Derma Darah ini ialah untuk memberi pendedahan kepada penduduk setempat mengenai kepentingan untuk menderma darah dan bagaimana perkara ini dapat membantu mereka yang memerlukan.
• Selain itu, pihak PEDi Pekan Lukut dan MPKK Kampung Kuala Lukut mengambil kesempatan ini untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan komuniti berdekatan dengan PEDi Pekan Lukut.

Tujuan Aktiviti :
• Kempen Derma Darah ini telah dijalankan di Balai Raya Kampung Kuala Lukut.
• Aktiviti ini disertai oleh ahli MPKK Kampung Kuala Lukut dan sekumpulan petugas kesihatan daripada Hospital Port Dickson.
• Lebih kurang enam puluh beg darah telah berjaya dikumpulkan sepanjang kempen ini berlangsung.
• Petugas PEDi Pekan Lukut terlibat dalam memberi pendedahan mengenai aktiviti kepada komuniti setempat, membantu dalam penyediaan beg cenderahati kepada penderma, membantu dalam proses pendaftaran penderma, dan mengemas balai raya selepas aktiviti selesai.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi kesedaran kepada komuniti setempat tentang kepentingan menderma darah bagi mereka yang layak dalam membantu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.
• Dapat menangani masalah kekurangan bekalan darah dalam tabung darah di hospital.
• Meningkatkan semangat bertanggungjawab dan sedia menolong dalam kalangan masyarakat terutama sekali dalam kalangan komuniti setempat.
• Membina dan merapatkan hubungan antara petugas PEDi Pekan Lukut, ahli MPKK Kampung Kuala Lukut, dan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :