PROGRAM KAMPUNG ANGKAT BERSAMA KLINIK KESIHATAN LUKUT, PORT DICKSON

Aktiviti terkini |7 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
Kawasan Perumahan Rumah Rakyat Kuala Lukut

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti ini dijalankan di kawasan perumahan Rumah Rakyat Kuala Lukut.
• Dua orang doktor gigi dan seorang jururawat dari Klinik Kesihatan Luut terlibat dalam program ini.
• Penduduk-penduduk yang telah memberi nama kepada pihak PEDi akan melakukan pemeriksaan gigi secara percuma.
• Pihak Klinik Kesihatan Lukut akan mengunjungi dari satu rumah ke satu rumah untuk membuat pemeriksaan gigi.
• Bagi mereka yang membuat pemeriksaan gigi melalui program ini, mereka boleh terus ke Klinik Kesihatan Lukut untuk melakukan pemeriksaan lanjut.
• Aktiviti diakhiri dengan penyerahan cenderahati kepada penduduk.

Tujuan Aktiviti :
• Mengeratkan hubungan silaturrahim bersama penduduk setempat Rumah Rakyat Kuala Lukut.
• Memupuk kesedaran kepada orang ramai kepentingan menjaga gigi.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Aktiviti ini dijalankan di kawasan perumahan Rumah Rakyat Kuala Lukut.
• Dua orang doktor gigi dan seorang jururawat dari Klinik Kesihatan Luut terlibat dalam program ini.
• Penduduk-penduduk yang telah memberi nama kepada pihak PEDi akan melakukan pemeriksaan gigi secara percuma.
• Pihak Klinik Kesihatan Lukut akan mengunjungi dari satu rumah ke satu rumah untuk membuat pemeriksaan gigi.
• Bagi mereka yang membuat pemeriksaan gigi melalui program ini, mereka boleh terus ke Klinik Kesihatan Lukut untuk melakukan pemeriksaan lanjut.
• Aktiviti diakhiri dengan penyerahan cenderahati kepada penduduk.


Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk kesedaran dalam diri orang ramai tentang pentingnya menjaga gigi dan kebersihan gigi.
• Memudahkan orang ramai yang menyertai program ini untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di Klinik Kesihatan Lukut
• Menjalinkan ikatan silaturrahim yang erat antara penduduk setempat.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :