FACEBOOK LIVE : GOOGLE FORMS (CARA UNTUK MEMBUAT QUIZ)
Aktiviti terkini |13 Mac 2022Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Pekan Lukut
Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti ini dijalankan secara atas talian menerusi Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Pekan Lukut.
• Facebook Live ini bertujuan untuk menjelaskan dan menunjukkan cara untuk membuat kuiz atas talian dengan menggunakan Google Forms.
• Petugas telah memberikan penerangan mengenai cara untuk menetapkan Google Forms sebagai kuiz, cara untuk membuat soalan, dan jenis setiap pilihan jawapan yang disediakan.
• Facebook Live ini terbuka kepada semua ahli PEDi Pekan Lukut, dan pengikut Facebook Page Pusat Ekonomi Digital – PEDi Pekan Lukut.
Tujuan Aktiviti :
• Memberi penerangan ringkas mengenai Google Forms dan cara untuk menetapkannya sebagai kuiz atas talian.
• Memberi penjelasan bagi setiap jenis pilihan jawapan yang disediakan oleh Google Forms.
• Membantu pengguna atau pemilik akaun Google menjadi lebih arif dalam penggunaan salah satu alat yang disediakan oleh Google.
• Menunjukkan contoh cara kuiz atas talian dibuat menggunakan Google Forms.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Aktiviti ini dijalankan secara langsung di atas talian melalui Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Pekan Lukut, iaitu Pusat Ekonomi Digital – PEDi Pekan Lukut.
• Penerangan mengenai Google Forms dan bagaimana ia bukan sekadar alat untuk mengumpul maklumat tetapi juga alat untuk membuat kuiz secara atas talian.
• Memudahkan guru atau pengguna lain untuk mengakses dan membuat kuiz secara atas talian.
Kelebihan Aktiviti :
• Video aktiviti ini boleh diakses pada bila-bila masa melalui Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Pekan Lukut (Pusat Ekonomi Digital – PEDi Pekan Lukut).
• Pemilik dan pengguna akaun Google mendapat pengetahuan baru mengenai salah satu alat yang dibangunkan oleh Google.
• Membantu guru atau pengguna lain untuk melihat dan memahami cara untuk menggunakan Google Forms.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :