FACEBOOK LIVE : SCREEN TIME

Aktiviti terkini |14 Mei 2022

Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Pekan Lukut

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti ini dijalankan secara atas talian menerusi Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Pekan Lukut.
• Facebook Live ini bertujuan untuk memberi serba sedikit maklumat mengenai 'Screen Time'. Fokus utama live ini ialah untuk memberi penjelasan mengenai 'screen time', kesan 'screen time' berlebihan, garis panduan mengikut umur, dan pengurusan 'screen time' di rumah.
• Facebook Live ini terbuka kepada semua ahli PEDi Pekan Lukut, dan pengikut Facebook Page Pusat Ekonomi Digital – PEDi Pekan Lukut.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi penerangan mengenai ‘screen time’ termasuklah definisi, aktiviti berkaitan dengan ‘screen time’, dan sebagainya.
• Memberi pendedahan kepada orang awam mengenai bahaya ‘screen time’ yang berlebihan.
• Memberi contoh langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan ‘screen time’ yang berlebihan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Aktiviti ini dijalankan secara langsung secara dalam talian melalui Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Pekan Lukut, iaitu Pusat Ekonomi Digital – PEDi Pekan Lukut.
• Menyebarkan maklumat baru, iaitu mengenai ‘screen time’ kepada semua penonton Facebook Live tersebut.
• Membantu orang awam untuk memahami mengenai ‘screen time’, termasuk jumlah waktu yang disarankan oleh pakar.


Kelebihan Aktiviti :
• Video aktiviti ini boleh diakses pada bila-bila masa melalui Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Pekan Lukut (Pusat Ekonomi Digital – PEDi Pekan Lukut).
• Membantu pengguna alatan elektronik untuk memahami tentang bagaimana ‘screen time’ boleh mempengaruhi kesihatan diri.
• Memberi penjelasan ringkas mengenai jumlah waktu ‘screen time’ yang disarankan oleh pakar untuk kanak-kanak.
• Membantu ibu, bapa, dan penjaga untuk mengawal ‘screen time’ kanak-kanak atau remaja di bawah jagaan mereka.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :