PERKONGSIAN VIDEO RINGKAS ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti terkini |12 - 17 November 2022

Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Ekonomi Digital – PEDi Pekan Lukut dan Pusat Ekonomi Digital – PEDi Kampung Paya

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti ini telah dijalankan bersempena Malaysia ICT Volunteer (MIV) Bersama Komuniti di Peringkat Negeri Sembilan Bagi Tahun 2022.
• Aktiviti Perkongsian Video Ringkas ini telah dijalankan selama enam hari, bermula pada 12 November 2022 hingga 17 November 2022.
• Topik yang telah dipilih untuk perkongsian ini adalah topik-topik yang boleh didapati di bawah inisiatif Klik Dengan Bijak. Sukarelawan daripada kumpulan 6 telah menyediakan video ringkas berdasarkan maklumat yang didapati dari laman web Klik Dengan Bijak.
• Video ringkas telah dimuatnaik ke Facebook Page PEDi Pekan Lukut dan PEDi Kampung Paya pada jam 2.30 petang. Setiap PEDi yang terlibat memuatnaik satu video pada satu hari.
• Jumlah video yang telah dimuatnaik ialah sebanyak dua belas video.
• Video ringkas ini boleh diakses oleh pengikut Facebook Page PEDi Pekan Lukut dan PEDi Kampung pada bila-bila masa.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada pengikut Facebook Page PEDi Pekan Lukut dan PEDi Kampung Paya mengenai inisiatif Klik Dengan Bijak.
• Memberi maklumat baru mengenai topik-topik di bawah Klik Dengan Bijak.
• Membantu mereka yang menonton video yang telah dimuatnaik untuk lebih arif dalam menjadi warga siber yang bijak.
• Meningkatkan kesedaran penonto mengenai risiko, undang-undang, dan lain-lain perkara berkenaan penggunaan internet.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Sukarelawan kumpulan enam telah mencipta video informatif ringkas berkenaan topik di bawah Klik Dengan Bijak.
• Maklumat yang dimasukkan ke dalam video ringkas didapati daripada laman web Klik Dengan Bijak.
• Video ringkas dimuatnaik ke Facebook Page PEDi Pekan Lukut dan PEDi Kampung Paya pada jam 2.30 petang sepanjang aktiviti berlangsung.


Kelebihan Aktiviti :
• Membantu penonton dan pengikut Facebook Page PEDi Pekan Lukut dan PEDi Kampung Paya untuk mengetahui mengenai Klik Dengan Bijak.
• Penonton dapat menggunakan maklumat yang dikongsikan di dalm video semasa menggunakan internet.
• Pengguna internet lebih memahami risiko dalam talian, dan dapat mempraktikkan langkah berjaga-jaga semasa melayari internet agar tidak menjadi mangsa penjenayah siber.
• Ibu bapa dan penjaga yang mempunyai tanggungan seperti kanak-kanak dapat melindungi dan membantu kanak-kanak tersebut untuk berhati-hati semasa menggunakan internet.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :