KUIZ DALAM TALIAN – KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti terkini |20 - 27 November 2022

Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Ekonomi Digital – PEDi Pekan Lukut dan Pusat Ekonomi Digital – PEDi Kampung Paya

Ringkasan Aktiviti :
• Kuiz Dalam Talian ini telah dijalankan selama tujuh hari, bermula pada 20 November 2022 sehingga 27 November 2022.
• Semua soalan yang terdapat dalam kuiz ini disediakan menggunakan topik-topik di bawah inisiatif Klik Dengan Bijak.
• Saluran yang telah digunakan untuk kuiz dalam talian ini ialah Google Forms. Jumlah soalan yang terdapat dalam kuiz ini ialah sebanyak 58 soalan, dengan jumlah markah sebanyak 119 markah.
• Soalan dibahagikan mengikut topik dan peserta diberi peluang untuk menonton video informatif yang telah dimuatnaik di Facebook Page PEDi Pekan Lukut dan PEDi Kampung Paya pada 12 November 2022 hingga 17 November 2022.
• Pautan kepada video tersebut turut disertakan di permulaan topik.
• Lima pemenang yang mendapat markah paling tinggi akan mendapat sijil digital, dan pemenang diumumkan pada 30 November 2022 melalui Facebook Page PEDi Pekan Lukut dan PEDi Kampung Paya.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada peserta mengenai inisiatif Klik Dengan Bijak.
• Membantu peserta untuk memahami maksud untuk menjadi warga digital yang bijak.
• Menguji tahap kefahaman peserta mengenai penggunaan komputer dan internet secara bijak.
• Meningkatkan kesedaran awam mengenai kewujudan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi).

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Kuiz dalam talian ini telah berlangsung selama 7 hari, bermula 20 November 2022 sehingga 27 November 2022.
• Aplikasi Google Forms telah digunakan sebagai platform membuat dan menjawab kuiz.
• Pautan ke video informatif Klik Dengan Bijak bagi setiap topik disertakan di permulaan setiap topik untuk membantu peserta lebih memahami mengenai topik tersebut.
• Petugas PEDi Pekan Lukut dan PEDi Kampung Paya telah membuat posting di Facebook Page masing-masing untuk menarik penyertaan orang awam.
• 5 pemenang yang berjaya mendapatkan markah yang tertinggi akan diumumkan di Facebook Page PEDi Pekan Lukut dan PEDi Kampung Paya pada 30 November 2022 dan diberi pengiktirafan melalui sijil digital.


Kelebihan Aktiviti :
• Membantu ahli PEDi Pekan Lukut dan PEDi Kampung Paya dan komuniti setempat untuk mengetahui mengenai Klik Dengan Bijak.
• Menggalakkan ahli, pengunjung PEDi, dan komuniti setempat untuk memahami mengenai cara untuk menjadi pengguna siber yang bijak.
• Membantu peserta untuk mengingati maklumat mengenai Klik Dengan Bijak yang telah disediakan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :