AKTIVITI BULANAN : GOTONG ROYONG PERDANA SURAU AL HIDAYAH RUMAH RAKYAT KUALA LUKUT

Aktiviti terkini |8 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Surau Al Hidayah Rumah Rakyat Kuala Lukut

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti ini dijalankan di Surau Al Hidayah Rumah Rakyat Kuala Lukut.
• Aktiviti dimulakan dengan menjalankan kerja-kerja pembersihan bahagian dalam dan luar surau termasuk tandas dan sekitar perkarangan surau.
• Bagi barang-barang yang tidak boleh digunakan akan dihantar ke tempat pelupusan sampah.
• Barang-barang yang masih boleh digunakan semula, di basuh, di lap dan juga di cat.
• Akhir sekali, jamuan ringan disediakan bagi mereka yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program gotong-royong ini.

Tujuan Aktiviti :
• Mengeratkan hubungan silaturrahim bersama penduduk setempat Rumah Rakyat Kuala Lukut.
• Mengisi masa lapang pada hujung minggu dengan melakukan aktiviti berfaedah di samping memastikan rumah Allah ini sentiasa bersih dan kemas untuk kegunaan orang ramai.
• Memupuk semangat kerjasama antara sesama penduduk dalam menjayakan program gotong-royong ini.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Aktiviti ini dijalankan di Surau Al Hidayah Rumah Rakyat Kuala Lukut.
• Aktiviti dimulakan dengan pembahagian tugas mengenai pembersihan bahagian dalam dan luar surau serta tandas dan juga perkarangan surau.
• Barang-barang yang tidak boleh digunakan lagi akan dikumpulkan untuk dihantar ke tempat pelupusan sampah.
• Barang-barang yang masih boleh digunakan lagi akan di basuh, di lap dan juga di cat.
• Aktivit diakhiri dengan jamuan ringan yang disediakan oleh AJK Wanita surau Al-Hidayah bagi mereka yang bertungkus-lumus dalam menjayakan aktiviti ini.


Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk semangat gotong-royong sesama penduduk setempat dalam bersama-sama menggembeleng tenaga membersih surau.
• Mengisi masa lapang pada hujung minggu dengan melakukan aktiviti yang berfaedah disamping memastikan kebersihan surau untuk keselesaan orang ramai.
• Menjalinkan ikatan silaturrahim yang erat antara penduduk setempat.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :