PROGRAM USAHAWAN DIGITAL ANJURAN PEDI PEKAN LUKUT DAN PEDI KAMPUNG PAYA DENGAN KERJASAMA MARA PORT DICKSON

Aktiviti terkini |27 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Paya

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Pekan Lukut dan PEDi Kampung Paya telah bergabung tenaga untuk menganjurkan Program Usahawan Digital dengan Kerjasama MARA Port Dickson.
• Program ini dibuka kepada mereka yang berminat untuk menjadi berniaga secara dalam talian dan telah dijalankan di Bilik Seminar PEDi Kampung Paya.
• Platform perniagaan dalam talian yang menjadi pilihan untuk program ini ialah TikTok Shop.
• Program ini dimulakan dengan pengenalan mengenai Pusat Ekonomi Digital, diikuti oleh langkah untuk mencipta akaun TikTok Seller dan menghubungkan akaun tersebut dengan akaun TikTok yang baru atau sedia ada.
• Petugas telah membantu peserta untuk memasukkan barang jualan ke dalam akaun, dan memasukkan pilihan barang jualan ke dalam video TikTok.
• Program ini diakhiri dengan latihan membuat siaran langsung (live) melalui akaun TikTok masing-masing.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada masyarakat setempat mengenai cara untuk menjalankan perniagaan secara dalam talian.
• Membantu masyarakat setempat untuk mula berniaga menggunakan platform dalam talian.
• Membantu usahawan sedia ada dan usahawan baru untuk mengenali platform perniagaan dalam talian yang baru.
• Mendidik peserta untuk membuka akaun TikTok Seller, menghubungkan akaun, memasukkan barang jualan, mempasarkan barang jualan menggunakan video dan siaran langsung, dan lain-lain.
• Membimbing peserta dalam setiap langkah yang perlu diambil semasa program sedang berlangsung supaya setiap peserta pulang dengan pengetahuan, kemahiran dan akaun perniagaan dalam talian yang sah.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program Usahawan Dalam Digital ini telah berlangsung di PEDi Kampung Paya.
• Program ini dimulakan dengan penerangan mengenai Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) berserta fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan di PEDi.
• Petugas memberi penerangan mengenai platform TikTok dan bimbingan kepada peserta untuk membuka akaun TikTok Seller, berserta cara untuk menghubungkan akaun jualan bersama akaun sedia ada.
• Setiap peserta diberi latihan secara hands-on sepanjang program berlangsung, untuk memaksimumkan kefahaman dan kebolehan mereka dalam menjalankan perniagaan melalui TikTok Shop.


Kelebihan Aktiviti :
• Peserta dapat memahami dengan lebih lanjut mengenai fungsi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi), sekaligus meningkatkan
• Setiap peserta yang menyertai program ini dapat mengetahui mengenai platform perniagaan dalam talian yang sedang meningkat dan menjadi pilihan pembeli.
• Peserta dapat belajar dan mempraktikkan pengetahuan secara terus melalui program ini, dengan bimbingan petugas-petugas PEDi yang telah menyediakan bimbingan dan alat bantu pembelajaran.
• Setiap peserta yang menyertai program ini telah berjaya menubuhkan perniagaan mereka di dalam platform TikTok Seller dan mengetahui setiap langkah yang boleh diambil untuk mempromosikan produk mereka.
• Masyarakat tempatan akan lebih tahu mengenai PEDi dan sekaligus meningkatkan fungsi PEDi sebagai tempat untuk mendapatkan latihan keusahawanan.


Nama VIP :
• Mohd Taufiq Zabidi (Timbalan Pengarah, Bahagian Transformasi dan Koordinasi Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Pejabat Negeri Sembilan)
• Ahmad Kamel (Pegawai MARA Port Dickson)


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :