MALAYSIA ICT VOLUNTEER (MIV) BERSAMA KOMUNITI : KLIK DENGAN BIJAK (PERMAINAN DALAM TALIAN & PENGANTUNAN DALAM TALIAN)

Aktiviti terkini |15 September 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Paya

Ringkasan Aktiviti :
• Bersempena MIV Bersama Komuniti di Peringkat Negeri Sembilan Bagi Tahun 2022, Kumpulan 6 yang terdiri daripada PEDi Pekan Lukut dan PEDi Kampung Paya telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak (KDB) bersama pelajar Tabika Kemas Batu 2, Port Dickson.
• Aktiviti ini telah dijalankan di Bilik Seminar PEDi Kampung Paya.
• Topik KDB yang telah diketengahkan ialah Permainan Dalam Talian dan Pengantunan Dalam Talian.
• Aktiviti ini telah berlangsung selama satu jam, bermula pada jam 2.00 petang hingga 3.00 petang.
• Petugas telah memberi penerangan mengenai KDB, termasuk maksud, topik di bawah program advokasi Klik Dengan Bijak, definisi pengguna internet bijak, dan sebagainya.
• Bagi dua topik yang yang telah dipilih, petugas telah memberi penerangan definisi, contoh dalam kehidupan seharian, contoh mangsa, cara untuk mengatasi masalah semasa bermain permainan dalam talian dan cara untuk mengelakkan dari menjadi mangsa pengantunan dalam talian.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan mengenai advokasi Klik Dengan Bijak.
• Memberi penerangan mengenai cara untuk bermain permainan dalam talian dengan selamat.
• Memberi penerangan mengenai cara untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa pengantunan kanak-kanak dalam kehidupan seharian dan dalam talian.
• Membantu pelajar untuk memahami kepentingan untuk menjadi pengguna internet atau warga siber yang bijak dari awal.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Aktiviti ini telah dijalankan di Bilik Seminar, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Paya.
• Penerangan mengenai program advokasi Klik Dengan Bijak dan topik dibawah program ini.
• Perkongsian mengenai topik Klik Dengan Bijak yang sesuai dengan pelajar Tabika Kemas Batu 2, iaitu Permainan Dalam Talian dan Pengantunan Dalam Talian.


Kelebihan Aktiviti :
• Peserta dapat memahami tujuan advokasi Klik Dengan Bijak diadakan.
• Penerangan mengenai dua topik Klik Dengan Bijak, Permainan Dalam Talian dan Pengantunan Dalam Talian dapat membantu peserta untuk menggunakan internet secara berhati-hati dan bertanggungjawab.
• Peserta diberi pendedahan awal untuk menjadi pengguna internet dan menjadi warga siber yang bijak.
• Mengukuhkan kedudukan PEDi Pekan Lukut dan PEDi Kampung Paya sebagai pusat sehenti untuk penduduk setempat mendapatkan latihan ICT, latihan keusahawanan, dan sebagainya.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :