PROGRAM PENGEDARAN SIM KAD PAKEJ REMAJA & JAMUAN BERBUKA PUASA DI DEWAN ORANG RAMAI SIKAMAT, SEREMBAN

Aktiviti terkini |12 April 2023

Tempat Aktiviti:
Dewan Orang Ramai Sikamat, Seremban

Ringkasan Aktiviti :
• Program Pengedaran Sim Kad Pakej Remaja dan Jamuan Berbuka Puasa yang bertempat di Dewan Orang Ramai Sikamat, Seremban, telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Sembilan.
• Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama di antara pegawai SKMM Negeri Sembilan bersama 10 orang petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dari tiga Kluster iaitu Kluster Port Dickson, Kluster Seremban Dan Kluuster Kuala Pilah.
• Aktiviti utama program ini adalah pengedaran Sim Kad Pakej Remaja kepada 141 orang pelajar terpilih dari 6 buah Sekolah Menengah di Seremban.
• Program diakhiri dengan ketibaan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun bagi jamuan berbuka puasa dan penyerahan duit raya kepada para pelajar.

Tujuan Aktiviti :
• Memperkenalkan PEDi kepada orang ramai.
• Merapatkan hubungan silaturrahim di antara 3 Kluster PEDi iaitu Kluster Port Dickson, Kluster Seremban dan juga Kluster Kuala Pilah.
• Mengimarahkan bulan Ramadhan melalui jamuan berbuka puasa secara beramai ramai bersama pelajar sekolah.
• Memupuk semangat kerjasama secara berpasukan dalam melaksanakan sesuatu program.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini telah dijalankan pada 12 April 2023, bermula pada jam 4.00 petang sehingga 8.00 malam.
• Program dimulakan dengan pendaftaran 141 orang pelajar dari 6 buah Sekolah Menengah di Seremban.
• Penyerahan simkad pakej remaja kepada 141 orang pelajar.
• Ketibaan YAB Menteri Negeri Sembilan, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Pengarah SKMM Negeri Sembilan.
• Ucapan alu-aluan daripada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Pengarah SKMM Negeri Sembilan.
• Sesi bergambar di antara YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Pengarah SKMM Negeri Sembilan bersama para pelajar penerima simkad pakej remaja.
• Program diakhiri dengan jamuan berbuka puasa.


Kelebihan Aktiviti :
• Merapatkan hubungan silaturrahim antara warga SKMM bersama petugas PEDi.
• Mengimarahkan bulan Ramadhan melalui jamuan berbuka puasa.
• Memupuk semangat berpasukan antara petugas PEDi dalam menjayakan sesuatu program.
• Pelajar pelajar yang layak dapat memanfaatkan simkad percuma untuk menggunakannya melalui aktiviti yang berfaedah.


Nama VIP :
• YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan)
• Dr Haji Roslan Bin Hussin (Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan)
• Mohd Khairilnaim Osman (Pengarah, SKMM Negeri Sembilan)
• Ema Shuhaida Shuaid (Timbalan Pengarah SKMM Negeri Sembilan)


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :