PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DI KOLEJ VOKASIONAL PORT DICKSON ANJURAN SKMM NEGERI SEMBILAN KOLABORASI BERSAMA PEDI KLUSTER PORT DICKSON DAN FORUM PENGGUNA MALAYSIA

Aktiviti terkini |16 Februari 2023

Tempat Aktiviti:
Dewan Seri Gemilang, Kolej Vokasional Port Dickson

Ringkasan Aktiviti :
• Program Klik Dengan Bijak (KDB) di Kolej Vokasional Port Dickson (KVPD) ini telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Sembilan bagi memenuhi jemputan dari pihak KVPD.
• Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama di antara pegawai SKMM Negeri Sembilan, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kluster Port Dickson, dan Forum Pengguna Malaysia (CFM).
• PEDi yang terlibat dalam program ini ialah PEDi Pekan Lukut, PEDi Kampung, Paya, PEDi Linggi, dan PEDi Si Rusa. Aktiviti yang telah dijalankan ialah taklimat, booth, serta pemberian simkad percuma kepada pelajar yang layak.
• Program telah dimeriahkan dengan kehadiran tetamu VIP dan peserta seramai 651 orang pelajar.

Tujuan Aktiviti :
• Memperkenalkan PEDi kepada komuniti setempat khususnya warga KVPD.
• Merapatkan hubungan di antara PEDi Kluster Port Dickson bersama warga KVPD.
• Memperkenalkan inisiatif KDB, khususnya tiga tajuk yang telah dipilih iaitu buli siber, jenayah siber, dan pengantunan dalam talian.
• Meningkatkan pengetahuan warga KVPD mengenai risiko dalam talian dan cara untuk menanganinya.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini telah dijalankan pada 16 Februari 2023, bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.
• Program dimulakan dengan bacaan doa, diikuti ucapan dari pihak KVPD dan SKMM Negeri Sembilan.
• Sesi taklimat KDB telah dijalankan oleh petugas PEDi dan wakil CFM, dengan tajuk buli siber dan jenayah siber disampaikan oleh petugas PEDi, dan pengantunan dalam talian oleh wakil CFM.
• Pelbagai aktiviti interaktif dijalankan oleh petugas sepanjang sesi taklimat berlangsung, seperti roleplay dan sesi soal jawab.
• Booth dengan maklumat dan aktiviti menarik turut dibuka oleh PEDi serentak dengan sesi taklimat dengan fokus kepada PEDi dan KDB.
• Perkara yang dijadikan sebagai fokus utama di booth ialah PEDi, KDB, dan e-sisa (KITAR).
• Booth pemberian simkad percuma kepada pelajar yang layak dibuka selepas sesi taklimat tamat dan telah diuruskan oleh petugas PEDi dan pegawai SKMM Negeri Sembilan.


Kelebihan Aktiviti :
• Hubungan di antara warga KVPD dan PEDi terjalin dengan lebih rapat sekaligus meningkatkan kesedaran komuniti setempat mengenai kewujudan PEDi.
• Peserta mendapat maklumat baru mengenai penggunaan teknologi dan internet.
• Peserta lebih arif dalam menjadi warga siber yang bijak dan baik.
• Peserta dapat mempelajari cara untuk menangani risiko dalam talian.
• Peserta kini mengetahui cara yang betul untuk melupuskan e-sisa seperti telefon bimbit dan komputer lama.
• Peserta yang layak dapat memanfaatkan simkad percuma untuk menggunakannya untuk aktiviti yang berfaedah.


Nama VIP :
• Ema Shuaida Shuaid (Timbalan Pengarah, SKMM Negeri Sembilan)
• Mohammad Shafie Hamir (Pengarah, Kolej Vokasional Port Dickson)
• Zaharatunnaini Jusoh (Timbalan Pengarah Akademik, Kolej Vokasional Port Dickson)


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :