AKTIVITI BULAN JULAI 2023 : STEM – KERETA BELON

Aktiviti terkini |22 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Lukut

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti bulanan pada bulan Julai adalah berkaitan STEM iaitu membina model kereta belon. Aktviti ini telah disertai oleh 10 orang peserta.
• Aktiviti ini telah dijalankan bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta untuk membina sebuah model kereta yang baik dan lancar dengan menggunakan bahan - bahan kitar semula.
• Petugas memulakan aktiviti dengan memberi tunjuk ajar bagaimana untuk menghasilkan model kereta.
• Satu model sampel ditunjukkan untuk memudahkan peserta. Namun begitu, peserta bebas menggunakan kreativiti masing – masing dalam menghasilkan model kereta.
• Penilaian dilakukan dengan menilai kelajuan dan jauh jarak bergerak model kereta belon disamping faktor kekemasan dan ketahanannya.
• Aktiviti diakhiri dengan pengumuman dan penyampaian hadiah bagi pemenang tempat pertama sehingga ketiga.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi peluang kepada peserta untuk membina sebuah kereta dengan menggunakan bahan – bahan kitar semula.
• Mendidik diri peserta tentang kegunaan bahan bahan kitar semula.
• Mengisi masa hujung minggu dengan melakukan aktiviti yang mendatangkan faedah.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini telah berlangsung pada 22 Julai 2023, bermula pada jam 2.30 petang dan tamat pada jam 5.00 petang.
• Program ini dimulakan dengan pengenalan dan tunjuk ajar daripada petugas bagaimana untuk menghasilkan model kereta.
• Sampel model kereta ditunjukkan kepada peserta supaya memudahkan kefahaman mereka dalam menghasilkan model kereta.
• Peserta bebas menghasilkan model kereta dengan menggunakan bakat kreativiti masing – masing.
• Penilaian dilakukan dengan menilai kelajuan dan jauh jarak yang boleh dicapai oleh model kereta peserta.
• Program diakhiri dengan petugas mengumumkan pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga. Sijil dan saguhati diberikan kepada semua peserta yang menyertai aktiviti ini.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi peluang kepada peserta untuk mengasah bakat kreativiti mereka dalam menghasilkan sebuah model kereta.
• Mengisi masa lapang peserta pada hujung minggu dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.
• Mendidik diri peserta tentang benda yang boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan – bahan kitar semula.
• Memupuk semangat daya saing yang positif sesama mereka dan juga semangat bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti.


Nama VIP :
• Tiada


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :