AKTIVITI BULAN JUN 2023 : DIRI SAYA

Aktiviti terkini |18 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Lukut

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti bulanan pada bulan Jun adalah berkaitan “Diri Saya”.
• Aktviti ini telah disertai oleh 6 orang peserta.
• Aktiviti ini telah dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta bagaimana untuk menggunakan Ms Office Power Point.
• Tujuan utama aktiviti ini adalah memberi peluang kepada peserta untuk membuat pembentangan di hadapan kelas.
• Petugas telah memberi penerangan bagaimana untuk menghasilkan slaid menggunakan Power Point dan juga memberi tunjuk ajar kepada peserta bagaimana untuk membuat pembentangan yang betul.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari penggunaan Ms Office Power Point.
• Menggalakkan peserta untuk mengisi masa hujung minggu mereka dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.
• Memberi peluang kepada peserta untuk melatih sifat keyakinan dan keberanian bercakap dihadapan peserta lain.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini telah berlangsung pada 18 Jun 2023, bermula pada jam 2.30 petang dan tamat pada jam 5.00 petang.
• Program ini dimulakan dengan pengenalan dari petugas mengenai aktiviti yang akan dilakukan pada hari tersebut.
• Petugas memulakan penerangan mengenai slaid pembentangan yang boleh dihasilkan dengan menggunakan Ms Office Power Point.
• Petugas menerangkan apa maklumat dan isi yang perlu diletakkan oleh peserta di dalam slaid mereka.
• Petugas juga telah mengajar peserta bagaimana untuk membuat pembentangan yang betul di hadapan kelas.
• Program ditamatkan dengan sesi pembentangan oleh peserta di hadapan kelas.


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada peserta bagaimana menggunakan Ms Office Power Point.
• Mengisi masa lapang peserta pada hujung minggu dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.
• Memupuk pemikiran kreativiti peserta dalam menghasilkan slaid pembentangan.
• Melatih keberanian dan keyakinan peserta membuat pembentangan di hadapan kelas.


Nama VIP :
• Tiada


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :