PROGRAM CELIK IT BERSAMA PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS PORT DICKSON

Aktiviti terkini |9 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Paya

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Pekan Lukut dan PEDi Kampung Paya telah merancang Program Celik IT dengan mengambil kira tahap kemahiran ICT peserta.
• Program ini telah disertai oleh sembilan orang peserta yang terdiri daripada ahli Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Port Dickson.
• Peserta yang terlibat berada di dalam lingkungan umur 58 tahun hingga 72 tahun.
• Aktiviti yang telah dijalankan berkait rapat dengan ‘content making’ dan focus utama program ini ialah untuk mengajar peserta cara untuk mengajar peserta cara untuk mengedit video dengan menggunakan aplikasi Capcut.
• Program Celik IT ini telah berlangsung selama 3 jam 30 minit dan pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan.
• Program ini telah dikendalikan oleh pengurus PEDi Pekan Lukut dan PEDi Kampung Paya.

Tujuan Aktiviti :
• Memperkenalkan PEDi kepada komuniti setempat terutama sekali kepada mereka yang belum pernah tahu mengenai kewujudan PEDi.
• Merapatkan hubungan di antara petugas PEDi dan ahli komuniti.
• Membantu peserta untuk tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi terkini.
• Memberi peluang kepada peserta untuk menggunakan teknologi masa kini untuk membuat perkongsian.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini telah dijalankan pada 9 Mac 2023, bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengahari.
• Program dimulakan dengan sesi pengenalan dari petugas PEDi dan peserta.
• Petugas turut menerangkan kemudahan yang tersedia di PEDi, program yang pernah dijalankan, dan kelas ICT lain yang ditawarkan.
• Petugas menerangkan tujuan program ini dijalankan dan aktiviti yang telah dirancang untuk program ini.
• Peserta diberi masa untuk memikirkan topik dan tema yang akan dijadikan konten untuk dirakam.
• Peserta diberi peluang untuk mempelajari cara untuk merakam video di samping membina keyakinan untuk bercakap di hadapan kamera.
• Petugas memberi tunjuk ajar berkenaan cara untuk mengedit video menggunakan aplikasi Capcut, termasuklah cara untuk menambah lagu, sari kata, dan voiceover.
• Program diakhiri dengan penerangan mengenai program dan kemudahan lain yang boleh didapatkan di PEDi Pekan Lukut dan PEDi Kampung Paya.


Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan kesedaran komuniti setempat mengenai PEDi.
• Mengurangkan jurang literasi komputer dalam kalangan warga emas.
• Peserta dapat menggunakan maklumat yang diperoleh untuk menyediakan maklumat dalam bentuk digital.
• Meningkatkan keyakinan peserta untuk menggunakan teknologi maklumat yang tersedia.


Nama VIP :



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :