Tik Tok Affiliate 101

Aktiviti terkini |4 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Paya

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Pekan Lukut dan PEDi Kampung Paya telah mengadakan Program Tik Tok Affiliate 101.
• Program ini telah disertai oleh 6 orang peserta.
• Program ini telah dijalankan bertujuan untuk membantu mereka yang ingin memulakan langkah untuk menjadi usahawan digital.
• Tujuan utama program ini ialah mengadakan sesi pembelajaran berkenaan aplikasi Tik Tok dan program affiliate Tik Tok.
• Petugas juga telah memberi penerangan dan pemberitahuan mengenai program, aktiviti, dan perkhidmatan yang disediakan di PEDi.
• Program ini telah berlangsung selama 2 jam dan telah mendapat maklum balas yang baik dari peserta.
• Program ini telah diranjang dan dikendalikan oleh pengurus PEDi Kampung Paya dan PEDi Pekan Lukut.

Tujuan Aktiviti :
• Membantu komuniti setempat untuk memulakan perniagaan secara digital dengan cara yang mudah.
• Memperkenalkan cara berniaga yang mudah tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos.
• Memberi peluang kepada peserta untuk menambahkan sumber pendapatan.
• Menggalakkan peserta untuk sentiasa peka dengan perkembangan teknologi perniagaan zaman kini.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini telah berlangsung pada 4 Mei 2023, bermula pada jam 2.00 petang dan tamat pada jam 4.00 petang.
• Program ini dimulakan dengan pengenalan dari petugas yang terlibat dan semua peserta.
• Petugas memulakan penerangan mengenai aplikasi Tik Tok dan program Tik Tok Affiliate.
• Antara perkara yang menjadi tumpuan ialah cara untuk membuka akaun peribadi dan penjual, cara untuk memasukkan barang jualan ke profil, cara pengiraan keuntungan, dan cara untuk memasarkan produk.
• Petugas juga telah mengajar peserta untuk mengedit video dan memasukkan pautan ke produk jualan.
• Penerangan mengenai cara untuk memastikan video dapat dilihat oleh ramai pengguna turut dijalankan.
• Program ditamatkan dengan sesi yang terakhir iaitu penerangan berkenaan program, aktiviti, kelas, dan perkhidmatan lain yang dijalankan oleh PEDi.


Kelebihan Aktiviti :
• Membantu peserta untuk memulakan perniagaan secara digital.
• Meningkatkan kesedaran peserta mengenai kelebihan menjadi usahawan sekaligus menggunakan platform jualan secara digital.
• Menggalakkan peserta untuk mengambil peluang untuk menggunakan kemajuan digital untuk meningkatkan pendapatan.
• Meningkatkan kesedaran komuniti setempat mengenai Pusat Ekonomi Digital.


Nama VIP :
• YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan)
• Dr Haji Roslan Bin Hussin (Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan)
• Mohd Khairilnaim Osman (Pengarah, SKMM Negeri Sembilan)
• Ema Shuhaida Shuaid (Timbalan Pengarah SKMM Negeri Sembilan)


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :