Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Lukut sebelum ini merupakan sebahagian dari kawasan negeri Selangor. Lukut terletak antara Tanjung Tuan dan Sungai Sepang. Ia dibuka oleh Raja Busu iaitu keturunan raja-raja Selangor pada kurun ke-19 semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah ibni almarhum Sultan Ibrahim iaitu Sultan Selangor ketiga. Lukut sangat kaya dengan bijih timah dan ini mendorong penghijrahan orang Cina Hailam beramai-ramai terutamanya dari Melaka datang melombong mengusahakan perlombongan bijih timah. Cukai yang dikenakan oleh Raja Busu adalah sebanyak 10% daripada harga timah telah menjadikan beliau sangat kaya. Namun cukai itu tidak diberikan kepada Sultan Selangor sehingga cukai itu semakin bertambah hingga ke beberapa kali ganda. Kenaikan cukai itu telah menyebabkan orang Cina menderita dan mereka secara beramai-ramai berjumpa dengan Raja Busu untuk berunding mengenai perkara tersebut. Pada suatu masa, terjadi suatu pergaduhan di antara orang Cina yang begitu marah melihat longgokan bijih timah yang banyak di istana Raja Busu. Dalam pergaduhan itu Raja Busu dan keluarganya telah terbunuh. Orang-orang Melayu kemudiannya membalas dendam dengan membunuh ramai orang Cina.
Raja Jaafar Raja Ali seorang pembesar Melayu berasal dari Riau berketurunan Bugis bersama anaknya Raja Jumaat dan Raja Abdullah telah datang untuk membangunkan semula Lukut. Apabila Raja Jaafar mangkat pemerintahan Lukut diserah kepada Raja Jumaat dan adiknya Raja Abdullah . Raja Jumaat merupakan seorang raja yang pandai memerintah, bijaksana dan sentiasa berusaha memperbaiki pemerintahannya di Lukut. Beliau telah membina Kota Lukut di atas sebuah bukit bernama Bukit Gajah Mati ataupun Bukit Raja. Pembangunan di Lukut satu masa dahulu diceritakan adalah jauh lebih maju dari Selangor dengan kedai berdinding bata dan beratap genting serta deretan perumahan pekerja lombong. Beliau turut mewujudkan pasukan polis yang berpakaian lengkap serta mempunyai nombor pada songkok mereka. Raja Jumaat turut membantu adiknya Raja Abdullah membuka lombong bijih timah di Ampang dan Kuala Lumpur.
Raja Jumaat telah memerintah Lukut selama 18 tahun. Beliau mangkat pada tahun 1864 dan putera gaharnya, Raja Bot telah mengantikan beliau. Kemerosotan hasil bijih timah menjadi faktor utama ramai penduduk Lukut berhijrah ke tempat lain. Pada 31 Julai 1880 satu perjumpaan antara Sultan Abdul Samad, Raja Bot, Dato’ Kelana Sungai Ujong dan pihak British telah diadakan di Singapura. Hasilnya Lukut dimasukkan ke dalam pemerintahan Sungai Ujong.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023FACEBOOK LIVE : DIGI CARES SMARTBUNDLE POSTPAID OFFER
Aktiviti Terkini | 19 Disember 2020Penerangan berkaitan produk Digi yang terdapat di PIK Pekan Lukut. Agenda utama ialah memberi promosi berkenaan DigiCares Smartbundle buat Frontliners, Government staff and Esential Worker....baca selanjutnya
FB LIVE JOM KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 22 November 2020Petugas membuat FB Live mengenai Jom Klik Dengan Bijak. Aktiviti dimulakan dengan memberi penerangan mengenai Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya
BENGKEL PEMBANGUNAN USAHAWAN & LAWATAN PENGARAH MCMC.
Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2020Bengkel Pembangunan Usahawan dijalankan di dalam Bilik Latihan PI Kg Gentam taklimat disampaikan oleh Encik Mohd Taufiq Zabidi...baca selanjutnya
PERTANDINGAN MEMBUAT ANYAMAN TIKAR MENGGUNAKAN KERTAS WARNA
Aktiviti Terkini | 27 September 2020Mengisi masa lapang pada hujung minggu dengan melakukan aktiviti yang berfaedah....baca selanjutnya
PERTANDINGAN KUIZ DIGITAL SEMPENA BULAN KEBANGSAAN EMERDEKAAN BERSAMA PEJABAT PENERANGAN PORT DICKSON
Aktiviti Terkini | 3-10 Ogos 2020Menyemai minat dalam kalangan peserta untuk mengetahui tentang sejarah kemerdekaan dan tokoh-tokoh di Malaysia. Justeru , mereka juga adalah generasi pelapis negara untuk masa akan datang yang seharusnya peka dan bersemangat waja....baca selanjutnya
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER COVID-19 MENGGUNAKAN MICROSOFT OFFICE PAINT
Aktiviti Terkini | 19 Julai 2020Mengisi masa lapang pada hujung minggu dengan melakukan aktiviti yang berfaedah....baca selanjutnya
27 Jun 2020
Aktiviti Terkini | 27 Jun 2020Menambah ilmu berkaitan micropengawal menggunakan simulasi yang telah disediakan....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4
Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020.....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3
Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020.....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1
Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya
KELAS KECANTIKAN MARY KAY
Aktiviti Terkini | 13 Mac 2020Memberi pendedahan kepada peserta betapa pentingnya dalam menjaga kulit mereka....baca selanjutnya
PERTANDINGAN MENGHASILKAN SEBUAH GAMBAR BARU DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI PAINT NET
Aktiviti Terkini | 29 Februari 2020Menguji kefahaman peserta terhadap pembelajaran menggunakan aplikasi Paint Net...baca selanjutnya
TAYANGAN VIDEO DAN KUIZ BERKAITAN ADVOKASI
Aktiviti Terkini | 24 Januari 2020Kesedaran terhadap penggunaan Internet kepada komuniti amatlah wajar dilaksanakan. Aktiviti tayangan video berkaitan advokasi ini dijalanakn di Bilik Seminar PI Pekan Lukut...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya