Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Lukut sebelum ini merupakan sebahagian dari kawasan negeri Selangor. Lukut terletak antara Tanjung Tuan dan Sungai Sepang. Ia dibuka oleh Raja Busu iaitu keturunan raja-raja Selangor pada kurun ke-19 semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah ibni almarhum Sultan Ibrahim iaitu Sultan Selangor ketiga. Lukut sangat kaya dengan bijih timah dan ini mendorong penghijrahan orang Cina Hailam beramai-ramai terutamanya dari Melaka datang melombong mengusahakan perlombongan bijih timah. Cukai yang dikenakan oleh Raja Busu adalah sebanyak 10% daripada harga timah telah menjadikan beliau sangat kaya. Namun cukai itu tidak diberikan kepada Sultan Selangor sehingga cukai itu semakin bertambah hingga ke beberapa kali ganda. Kenaikan cukai itu telah menyebabkan orang Cina menderita dan mereka secara beramai-ramai berjumpa dengan Raja Busu untuk berunding mengenai perkara tersebut. Pada suatu masa, terjadi suatu pergaduhan di antara orang Cina yang begitu marah melihat longgokan bijih timah yang banyak di istana Raja Busu. Dalam pergaduhan itu Raja Busu dan keluarganya telah terbunuh. Orang-orang Melayu kemudiannya membalas dendam dengan membunuh ramai orang Cina.

Raja Jaafar Raja Ali seorang pembesar Melayu berasal dari Riau berketurunan Bugis bersama anaknya Raja Jumaat dan Raja Abdullah telah datang untuk membangunkan semula Lukut. Apabila Raja Jaafar mangkat pemerintahan Lukut diserah kepada Raja Jumaat dan adiknya Raja Abdullah . Raja Jumaat merupakan seorang raja yang pandai memerintah, bijaksana dan sentiasa berusaha memperbaiki pemerintahannya di Lukut. Beliau telah membina Kota Lukut di atas sebuah bukit bernama Bukit Gajah Mati ataupun Bukit Raja. Pembangunan di Lukut satu masa dahulu diceritakan adalah jauh lebih maju dari Selangor dengan kedai berdinding bata dan beratap genting serta deretan perumahan pekerja lombong. Beliau turut mewujudkan pasukan polis yang berpakaian lengkap serta mempunyai nombor pada songkok mereka. Raja Jumaat turut membantu adiknya Raja Abdullah membuka lombong bijih timah di Ampang dan Kuala Lumpur.

Raja Jumaat telah memerintah Lukut selama 18 tahun. Beliau mangkat pada tahun 1864 dan putera gaharnya, Raja Bot telah mengantikan beliau. Kemerosotan hasil bijih timah menjadi faktor utama ramai penduduk Lukut berhijrah ke tempat lain. Pada 31 Julai 1880 satu perjumpaan antara Sultan Abdul Samad, Raja Bot, Dato’ Kelana Sungai Ujong dan pihak British telah diadakan di Singapura. Hasilnya Lukut dimasukkan ke dalam pemerintahan Sungai Ujong.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 14 Disember 2018

Hari Bersama Komuniti adalah program yang dijalankan oleh Pihak Pusat Internet bagi mengeratkan lagi silaturrahim dlam kalangan ahli dan komuniti setempat. PI Pekan Lukut juga tidak melepaskan peluang untuk melaksanakan program Hari Komuniti. Program ini dihadiri oleh 46 orang hadirin yang dalam lingkungan 5 tahun ke 75 tahun. Program ini selain dari aktiviti bacaan yassin berserta doa selamat, diselitkan juga aktiviti advokasi Klik Dengan Bijak iaitu kuiz teka sila kata. Program berlangsung selama 3 jam yang turut mengadakan jamuan dan cabutan bertuah....baca selanjutnya

DIGI ACADEMY : DIGI MAKER CAMP 2.0 & GRADUATION DAY

Aktiviti Terkini | 25 - 29 November 2018

Program ini diadakan di Arus Academy, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Seramai 20 orang petugas Pusat Internet terpilih dan 20 orang pelajar terpilih yang telah menjalani latihan selama 4 bulan telah menyertai Digi Maker Camp 2.0 ini...baca selanjutnya

Jom Sertai Digi Academy: Digital Literacy Programme

Berita Terkini | Ogos - November 2018


Kepada peserta yang berminat untuk menyertai bengkel ini, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus Pusat Internet yang terpilih.

SUKARELAWAN PUSAT INTERNET PEKAN LUKUT

Aktiviti Terkini | 01 Oktober 2018

Penghargaan kepada sukarelawan PI yang banyak membantu petugas PI sepanjang pembukaan PI Pekan Lukut...baca selanjutnya

PROGRAM DIGI ACADEMY

Aktiviti Terkini | Sepanjang September 2018

Program ini dapat meningkatkan minat pelajar dalam pendidikan STEM dan menjana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajar. Kolabrasi antara Digi dan Arus Academy yang mana Program ini menawarkan pelbagai kemahiran seperti teknikal, elektif dan kemahiran bukan teknikal kepada peserta yang terlibat....baca selanjutnya

KUIZ SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 30 Ogos 2018

Kuiz ini bertujuan untuk menguji pengetahuan berkaitan Kemerdekaan pada pengunjung Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM DIGI ACADEMY

Aktiviti Terkini | Sepanjang Ogos 2018

Program ini dapat meningkatkan minat pelajar dalam pendidikan STEM dan menjana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajar. Kolabrasi antara Digi dan Arus Academy yang mana Program ini menawarkan pelbagai kemahiran seperti teknikal, elektif dan kemahiran bukan teknikal kepada peserta yang terlibat....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA BERSAMA TABIKA KEMAS BATU 3, LUKUT

Aktiviti Terkini | 07 Julai 2018

Aktiviti dijalankan di PI Pekan Lukut, Port Dickson ini melibatkan 40 orang hadirin yang terdiri daripada ahli PI dan komuniti setempat yang berumur dari 6 hingga 65 tahun. Jamuan ini dianjurkan bersama Tabika Kemas Batu 3 Lukut, bagi meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan doa selamat...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2018

Aktiviti dilakukan bersama ahli-ahli cilik Pusat Internet sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri...baca selanjutnya

BACAAN AL-QURAN FLASH

Aktiviti Terkini | 27 Mei 018

Pembacaan Al-Quran Flash adalah melalui bacaan secara digital melalui laman sesawang www.quranflash.com mengunakan Musraf Medina 1 dan memberitahu cara yang baik dan betul apabila membaca Al-quran secara digital atau applikasi boleh dibaca dan sama seperti membaca mengunakan Al-Quran yang sebenar. Acara dimulakan dengan bacaan AlFatihah beramai-ramai dan dimulai dengan Surah Ad-Dhuha(Surah ke93) hingga ke Surah An Nas (Surah ke 114)...baca selanjutnya

PROGRAM GOTONG-ROYONG BERSAMA TABIKA KEMAS PEKAN LUKUT

Aktiviti Terkini | 08 April 2018

Program bersama Tabika Kemas Pekan Lukut diadakan bagi melakukan pembersihan di dalam dan di luar kawasan. ...baca selanjutnya

PROGRAM JOM BINA KERJAYA

Aktiviti Terkini | 01 April 2018

Program ini anjuran Majlis Belia Daerah Port Dickson dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dan Pusat Internet 1Malaysia Kluster Port Dickson....baca selanjutnya

KDB LOGO CHALLENGE

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018

Aktiviti ini memberi pendedahan tentang kepentingan advokasi Klik Dengan Bijak dan bijak mengunakan internet dengan betul khususnya yang berkaitan dengan applikasi internet di media sosial dan lain-lain....baca selanjutnya

DIY MINI TANGLUNG BERHIAS

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2018

Aktiviti DIY Mini Tanglung Berhias bersama –sama ahli Pi1M Lukut bersempana Perayaan Tahun Baru Cina....baca selanjutnya

PERTANDINGAN KEBOLEHAN MENGUNAKAN MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 30 Januari 2018

Pertandingan ini memberi peluang kepada ahli-ahli Pi1M yang sentiasa mengikuti kelas ICT untuk mengasah kebolehan mereka tentang keseluruhan pengunaan Microsoft Word seperti membuat jadual, surat rasmi, pengunaan font dan size, page layaout, upload gambar dan lain-lain lagi...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti