Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Lukut sebelum ini merupakan sebahagian dari kawasan negeri Selangor. Lukut terletak antara Tanjung Tuan dan Sungai Sepang. Ia dibuka oleh Raja Busu iaitu keturunan raja-raja Selangor pada kurun ke-19 semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah ibni almarhum Sultan Ibrahim iaitu Sultan Selangor ketiga. Lukut sangat kaya dengan bijih timah dan ini mendorong penghijrahan orang Cina Hailam beramai-ramai terutamanya dari Melaka datang melombong mengusahakan perlombongan bijih timah. Cukai yang dikenakan oleh Raja Busu adalah sebanyak 10% daripada harga timah telah menjadikan beliau sangat kaya. Namun cukai itu tidak diberikan kepada Sultan Selangor sehingga cukai itu semakin bertambah hingga ke beberapa kali ganda. Kenaikan cukai itu telah menyebabkan orang Cina menderita dan mereka secara beramai-ramai berjumpa dengan Raja Busu untuk berunding mengenai perkara tersebut. Pada suatu masa, terjadi suatu pergaduhan di antara orang Cina yang begitu marah melihat longgokan bijih timah yang banyak di istana Raja Busu. Dalam pergaduhan itu Raja Busu dan keluarganya telah terbunuh. Orang-orang Melayu kemudiannya membalas dendam dengan membunuh ramai orang Cina.

Raja Jaafar Raja Ali seorang pembesar Melayu berasal dari Riau berketurunan Bugis bersama anaknya Raja Jumaat dan Raja Abdullah telah datang untuk membangunkan semula Lukut. Apabila Raja Jaafar mangkat pemerintahan Lukut diserah kepada Raja Jumaat dan adiknya Raja Abdullah . Raja Jumaat merupakan seorang raja yang pandai memerintah, bijaksana dan sentiasa berusaha memperbaiki pemerintahannya di Lukut. Beliau telah membina Kota Lukut di atas sebuah bukit bernama Bukit Gajah Mati ataupun Bukit Raja. Pembangunan di Lukut satu masa dahulu diceritakan adalah jauh lebih maju dari Selangor dengan kedai berdinding bata dan beratap genting serta deretan perumahan pekerja lombong. Beliau turut mewujudkan pasukan polis yang berpakaian lengkap serta mempunyai nombor pada songkok mereka. Raja Jumaat turut membantu adiknya Raja Abdullah membuka lombong bijih timah di Ampang dan Kuala Lumpur.

Raja Jumaat telah memerintah Lukut selama 18 tahun. Beliau mangkat pada tahun 1864 dan putera gaharnya, Raja Bot telah mengantikan beliau. Kemerosotan hasil bijih timah menjadi faktor utama ramai penduduk Lukut berhijrah ke tempat lain. Pada 31 Julai 1880 satu perjumpaan antara Sultan Abdul Samad, Raja Bot, Dato’ Kelana Sungai Ujong dan pihak British telah diadakan di Singapura. Hasilnya Lukut dimasukkan ke dalam pemerintahan Sungai Ujong.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PERTANDINGAN MEREKA RUMAH IDAMAN MENGGUNAKAN 3D SKETCHUP

Aktiviti Terkini | 24 Disember 2019

Para peserta mereka rumah idaman masing – masing dengan menggunakan 3D Sketch Up. Rumah idaman yang dihasilkan peserta perlu mematuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh petugas untuk membolehkan mereka mendapat markah. Aktiviti diakhiri dengan mengumumkan dan seterusnya memberi hadiah dan saguhati kepada pemenang dan kesemua peserta....baca selanjutnya

AKTIVITI DIY GALAXY SHOES

Aktiviti Terkini | 23 November 2019

Sempena cuti sekolah yang bermula, peserta berpeluang mencantikkan kasut sekolah yang lama. Rasionalnya, kasut tersebut boleh dijadikan sebagai kasut jalan atau kasut untuk beriadah. Aktiviti dijalankan di Bilik Latihan PI Pekan Lukut. Seramai 7 orang peserta menyertai aktiviti ini....baca selanjutnya

Pertandingan Membuat Origami

Aktiviti Terkini | 29 Oktober 2019

Pertandingan membuat origami diadakan. Para peserta perlu menghasilkan origami mengikut kriteria – kriteria seperti yang diterangkan oleh petugas untuk membolehkan mereka menjadi pemenang. Peserta menghasilkan hasil origami mereka dengan menggunakan kreativiti tersendiri. Aktiviti diakhiri dengan mengumumkan dan seterusnya memberi hadiah dan saguhati kepada pemenang dan kesemua peserta....baca selanjutnya

PERTANDINGAN WORD SEARCH (TIC-TAC-TOE)

Aktiviti Terkini | 21 September 2019

Aktiviti dijalankan di Bilik Latihan PI Pekan Lukut. Seramai 10 orang peserta menyertai aktiviti ini. Dua pengisian yang ada dalam aktiviti adalah, permainan tic-tac-toe dan penyelesaian Word Search....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2019

Pertandingan melukis poster sempena bulan kemerdekaan diadakan. Para peserta perlu menghasilkan lukisan yang mematuhi kriteria-kriteria yang bertemakan Hari Kemerdekaan untuk membolehkan mereka menjadi pemenang. Peserta mewarnakan hasil lukisan mereka dengan menggunakan kreativiti tersendiri. Aktiviti di akhiri dengan mengumumkan dan seterusnya memberi hadiah dan saguhati kepada pemenang dan kesemua peserta....baca selanjutnya

AKTIVITI QUIZIZZ

Aktiviti Terkini | 28 Julai 2019

Penilaian kepada para peserta yang menyertai Kelas ICT sepanjang bulan Februari hingga Julai. Soalan – soalan berdasarkan proses pembelajaran di dalam kelas tersebut. Para peserta perlu mendapat markah yang telah ditetapkan untuk membolehkan mereka layak mendapatkan sijil. Quizizz diulang sehingga mereka mendapat markah yang baik. Penghargaan berbentuk sijil juga diberikan kepada peserta yang aktif dan konsisten dalam menghadiri kelas sepanjang kelas ICT berlansung. Di akhiri dengan jamuan ringan bersama para peserta....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 29 Jun 2019

Aktiviti penutup bagi bulan Syawal yang bakal melabuhkan tirainya. Kerjasama bersama pihak Tabika Kemas Kuala Lukut dan Surau Al Hadiah. Seramai lebih kurang 80 orang yang hadir memeriahkan lagi jamuan ini.....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI KOLEJ VOKASIONAL PORT DICKSON

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2019

Program Advokasi yang bertemakan “Oversharing and Cyberbullies” dilaksanakan setelah pihak Kolej Vokasioanl menerima tawaran dari pihak pusat internet. Empat orang Petugas Internet terlibat dalam taklimat ini iaitu Pengurus PI Kg Paya, Pengurus PI Rantau dan Pengurus PI Pekan Lukut dan PI Kg Si Rusa. Seorang wakil dari Pejabat Penerangan PD turut serta dalam menjayakan taklimat ini. Murid- murid seramai 513 orang dan 2 orang guru menyertai taklimat ini. Program ini berjalan lancar sepanjang program yang mengandungi 5 slot dan diakhiri dengan pertukaran cenderahati oleh pihak sekolah dan pihak PI....baca selanjutnya

MENGHAFAZ SURAH LAZIM DAN DOA QUNUT

Aktiviti Terkini | 22 Mei 2019

Aktiviti ini berjaya menarik minat seramai 7 orang peserta cilik. Akitiviti menghafaz surah – surah lazim dan bacaan dalam solat ini dijalankan bagi memantapkan daya ingatan para peserta dalam menghafaz surah-surah lazim....baca selanjutnya

MEREKABENTUK KAD HARI IBU

Aktiviti Terkini | 11 Mei 2019

Bersempena dengan minggu Hari Ibu, Pusat Internet Pekan Lukut mengadakan satu aktiviti yang berkaitan, iaitu membuat kad ucapan Hari Ibu...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK DATO’ MELANA

Aktiviti Terkini | 23 April 2019

Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang....baca selanjutnya

MAJLIS PELANCARAN JOMSTUDI

Aktiviti Terkini | 08 Mac 2019

JomStudi merupakan hab pembelajaran digital yang menyediakan kandungan pendidikan berkualiti untuk ditawarkan kepada pelajar, terutamanya bagi mereka yang mendiami kawasan yang kurang mendapat perhatian. Majlis Pelancaran Jomstudi dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Tuan Gobind Singh Deo berlangsung di Pusat Internet Kampung Kering, Labu, Negeri Sembilan. Rata-rata yang hadir sangat berbesar hati dan menyokong program hasil inisiatif yang diterajui oleh organisasi swasta iaitu Astro, Digi dan Media Prima dan disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Antara yang turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Digi, Albern Murty dan wakil-wakil rakan strategik ‘JomStudi’; Astro, Media Prima, MDEC dan SKMM....baca selanjutnya

PERTANDINGAN FESYEN MENGGUNAKAN BARANGAN KITAR SEMULA DAN ADVOKASI KDB

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2019

Pertandingan fesyen menggunakan barangan kitar semula dapat meningkatkan kesedaran dan memahami amalan kitar semula...baca selanjutnya

PERTANDINGAN SUDOKU

Aktiviti Terkini | 26 Januari 2019

Pertandingan Sudoku ini diadakan sempena bermulanya persekolahan sesi 2019. Aktiviti ini dijalankan sebagai permulaan menguji minda pelajar-pelajar di Pusat Internet Pekan Lukut...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti