Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Lukut sebelum ini merupakan sebahagian dari kawasan negeri Selangor. Lukut terletak antara Tanjung Tuan dan Sungai Sepang. Ia dibuka oleh Raja Busu iaitu keturunan raja-raja Selangor pada kurun ke-19 semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah ibni almarhum Sultan Ibrahim iaitu Sultan Selangor ketiga. Lukut sangat kaya dengan bijih timah dan ini mendorong penghijrahan orang Cina Hailam beramai-ramai terutamanya dari Melaka datang melombong mengusahakan perlombongan bijih timah. Cukai yang dikenakan oleh Raja Busu adalah sebanyak 10% daripada harga timah telah menjadikan beliau sangat kaya. Namun cukai itu tidak diberikan kepada Sultan Selangor sehingga cukai itu semakin bertambah hingga ke beberapa kali ganda. Kenaikan cukai itu telah menyebabkan orang Cina menderita dan mereka secara beramai-ramai berjumpa dengan Raja Busu untuk berunding mengenai perkara tersebut. Pada suatu masa, terjadi suatu pergaduhan di antara orang Cina yang begitu marah melihat longgokan bijih timah yang banyak di istana Raja Busu. Dalam pergaduhan itu Raja Busu dan keluarganya telah terbunuh. Orang-orang Melayu kemudiannya membalas dendam dengan membunuh ramai orang Cina.

Raja Jaafar Raja Ali seorang pembesar Melayu berasal dari Riau berketurunan Bugis bersama anaknya Raja Jumaat dan Raja Abdullah telah datang untuk membangunkan semula Lukut. Apabila Raja Jaafar mangkat pemerintahan Lukut diserah kepada Raja Jumaat dan adiknya Raja Abdullah . Raja Jumaat merupakan seorang raja yang pandai memerintah, bijaksana dan sentiasa berusaha memperbaiki pemerintahannya di Lukut. Beliau telah membina Kota Lukut di atas sebuah bukit bernama Bukit Gajah Mati ataupun Bukit Raja. Pembangunan di Lukut satu masa dahulu diceritakan adalah jauh lebih maju dari Selangor dengan kedai berdinding bata dan beratap genting serta deretan perumahan pekerja lombong. Beliau turut mewujudkan pasukan polis yang berpakaian lengkap serta mempunyai nombor pada songkok mereka. Raja Jumaat turut membantu adiknya Raja Abdullah membuka lombong bijih timah di Ampang dan Kuala Lumpur.

Raja Jumaat telah memerintah Lukut selama 18 tahun. Beliau mangkat pada tahun 1864 dan putera gaharnya, Raja Bot telah mengantikan beliau. Kemerosotan hasil bijih timah menjadi faktor utama ramai penduduk Lukut berhijrah ke tempat lain. Pada 31 Julai 1880 satu perjumpaan antara Sultan Abdul Samad, Raja Bot, Dato’ Kelana Sungai Ujong dan pihak British telah diadakan di Singapura. Hasilnya Lukut dimasukkan ke dalam pemerintahan Sungai Ujong.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PERTANDINGAN SAHIBBA

Aktiviti Terkini | 09 Disember 2017

Pertandingan ini dapat membina dan membuka minda peserta untuk lebih berfikiran kreatif dan menggalakkan peserta supaya melakukan aktiviti lain selain daripda melayari internet....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SEKOLAH KEBANGSAAN PANGLIMA ADNAN

Aktiviti Terkini | 17 November 2017

Aktiviti dijalankan di Bilik ICT SKPA dan melibatkan 70 orang peserta yang terdiri daripada murida tahun 5 dan 6. Program dibahagikan kepada 2 slot iaitu slot untuk murid tahun 5 dan 6....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PUSAT INTERNET 1MALAYSIA PEKAN LUKUT

Aktiviti Terkini | 15 Oktober 2017

Hari Terbuka ini bertujuan untuk mempromosikan aktiviti yang disediakan dan menambah penyertaan ahli PI1M dan menarik minat komuniti setempat menyertai aktiviti yang dijalan oleh pihak PI1M dan merapatkan lagi silaturahim antara pihak PI1M dan komuniti setempat...baca selanjutnya

KURSUS MODUL ICT MEDIA SOSIAL

Aktiviti Terkini | 30 September 2017

Ianya adalah usahasama dari Pihak Berkuasa Agama Negeri/Daerah dan kakitangan Pi1M untuk memberi pendedahan dan pembelajaran pada media sosial kepada peserta yang dipilih oleh Jabatan Agama Islam Daerah Port Dickson. Untuk memberi tunjuk ajar cara penggunaan dan peranan media sosial adalah satu medium baru digital yang interaktif seperti blog, facebook, Instagram dan pengunaan yang ekfisyen tentang telefon pintar....baca selanjutnya

PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA DAN LUKIS LOGO SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-60

Aktiviti Terkini | 30 Ogos 2017

Aktiviti dimulakan dengan penerangan berkenaan pertandingan. Terdapat dua bahagian iaitu Teka Silang Kata berkenaan Hari Kemerdekaan dan Lukis Logo Kemerdekaan yang ke -60. Mereka yang terpantas menjawab teka silang kata akan diberikan tugasan yang seterusnya iaitu Melukis Logo Kemerdekaan yang ke-60....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 22 Julai 2017

Aktiviti dijalankan di PI1M Lukut dan melibatkan kehadiran 50 orang hadirin terdiri daripada ahli Pi1M Lukut dan komuniti setempat yang berumur dari 6 tahun hingga 60 tahun. Jamuan ini dianjurkan bersama Tabika Kemas Kuala Lukut, bagi meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan memberi maklumat berkenaan Pi1M, Mesej Advokasi dan juga DIGI....baca selanjutnya

Pertandingan Whisper Challenge Pi1M dan Advokasi

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2017

Aktiviti ini bertujuan untuk mempromosikan Pi1M Lukut, di samping menyampaikan mesej Advokasi kepada penduduk setempat...baca selanjutnya

Panggung Pi1M Lukut (Sempena Cuti Sekolah)

Aktiviti Terkini | 31 Mei 2017

Aktiviti ini dijalankan bagi mengisi masa lapang ahli Pusat Internet 1 Malaysia Lukut di waktu cuti sekolah....baca selanjutnya

Membuat Kad Bunga 3D sempena Hari Ibu

Aktiviti Terkini | 14 Mei 2017

Aktiviti ini dijalankan bagi menyedarkan golongan muda bersifat kreatif dan bermuhasabah dengan menghargai ibubapa yang telah membesarkan mereka....baca selanjutnya

PENGHARGAAN KEPADA AHLI PI1M YANG AKTIF

Aktiviti Terkini | Sepanjang April 2017

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi perhargaan kepada ahli yang menggunakan perkhidmatan dengan baik...baca selanjutnya

PENGENALAN ICT KEPADA MURID TABIKA KEMAS LUKUT

Aktiviti Terkini | 17 Mac 2017

Aktiviti ini dijalankan di PI1M Lukut, Port Dickson. Melibatkan 14 orang peserta yang terdiri daripada murid Tabika Kemas Kuala Lukut. Aktiviti ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada murid tabika berkenaan komputer terutamanya pembelajaran e-learning....baca selanjutnya

Mini Gotong Royong di Pusat Internet 1 Malaysia Lukut

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2017

Mini Gotong Royong Pi1M dimulai dengan pembahagian tugas dikalangan peserta untuk membersihkan didalam Pi1M dan juga diluar Pi1M seperti kerja-kerja mengemop lantai, membersihkan tingkap dan pintu Pi1M serta dibahagian luar Pi1M. Aktiviti diakhiri dengan sarapan pagi apabila kerja gotong royong selesai....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti