Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Lukut sebelum ini merupakan sebahagian dari kawasan negeri Selangor. Lukut terletak antara Tanjung Tuan dan Sungai Sepang. Ia dibuka oleh Raja Busu iaitu keturunan raja-raja Selangor pada kurun ke-19 semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah ibni almarhum Sultan Ibrahim iaitu Sultan Selangor ketiga. Lukut sangat kaya dengan bijih timah dan ini mendorong penghijrahan orang Cina Hailam beramai-ramai terutamanya dari Melaka datang melombong mengusahakan perlombongan bijih timah. Cukai yang dikenakan oleh Raja Busu adalah sebanyak 10% daripada harga timah telah menjadikan beliau sangat kaya. Namun cukai itu tidak diberikan kepada Sultan Selangor sehingga cukai itu semakin bertambah hingga ke beberapa kali ganda. Kenaikan cukai itu telah menyebabkan orang Cina menderita dan mereka secara beramai-ramai berjumpa dengan Raja Busu untuk berunding mengenai perkara tersebut. Pada suatu masa, terjadi suatu pergaduhan di antara orang Cina yang begitu marah melihat longgokan bijih timah yang banyak di istana Raja Busu. Dalam pergaduhan itu Raja Busu dan keluarganya telah terbunuh. Orang-orang Melayu kemudiannya membalas dendam dengan membunuh ramai orang Cina.

Raja Jaafar Raja Ali seorang pembesar Melayu berasal dari Riau berketurunan Bugis bersama anaknya Raja Jumaat dan Raja Abdullah telah datang untuk membangunkan semula Lukut. Apabila Raja Jaafar mangkat pemerintahan Lukut diserah kepada Raja Jumaat dan adiknya Raja Abdullah . Raja Jumaat merupakan seorang raja yang pandai memerintah, bijaksana dan sentiasa berusaha memperbaiki pemerintahannya di Lukut. Beliau telah membina Kota Lukut di atas sebuah bukit bernama Bukit Gajah Mati ataupun Bukit Raja. Pembangunan di Lukut satu masa dahulu diceritakan adalah jauh lebih maju dari Selangor dengan kedai berdinding bata dan beratap genting serta deretan perumahan pekerja lombong. Beliau turut mewujudkan pasukan polis yang berpakaian lengkap serta mempunyai nombor pada songkok mereka. Raja Jumaat turut membantu adiknya Raja Abdullah membuka lombong bijih timah di Ampang dan Kuala Lumpur.

Raja Jumaat telah memerintah Lukut selama 18 tahun. Beliau mangkat pada tahun 1864 dan putera gaharnya, Raja Bot telah mengantikan beliau. Kemerosotan hasil bijih timah menjadi faktor utama ramai penduduk Lukut berhijrah ke tempat lain. Pada 31 Julai 1880 satu perjumpaan antara Sultan Abdul Samad, Raja Bot, Dato’ Kelana Sungai Ujong dan pihak British telah diadakan di Singapura. Hasilnya Lukut dimasukkan ke dalam pemerintahan Sungai Ujong.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


ICT SUPER CAMP ANJURAN PEDI KAMPUNG PAYA DAN PEDI PEKAN LUKUT

Aktiviti Terkini | 14, 15 & 16 Disember 2022

Program ICT Super Camp ini telah dirancang bersempena cuti sekolah bulan Disember. PEDi Kampung Paya dan PEDi Pekan Lukut telah membuat perancangan yang teliti bagi membantu peserta untuk meluangkan waktu cuti sekolah dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat dan menyeronokkan. Program ini telah dijalankan selama tiga hari bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 4.30 petang. Aktiviti-aktiviti telah diselang-selikan dengan pembelajaran menggunakan komputer dengan aktiviti lain bagi mengurangkan ‘screen time’ peserta sekali gus mengekalkan tenaga peserta. Program ini telah disertai oleh 10 orang peserta dan dikendalikan oleh petugas kedua-dua PEDi yang terlibat....baca selanjutnya

KUIZ DALAM TALIAN – KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 20 - 27 November 2022

Kuiz Dalam Talian ini telah dijalankan selama tujuh hari, bermula pada 20 November 2022 sehingga 27 November 2022. Semua soalan yang terdapat dalam kuiz ini disediakan menggunakan topik-topik di bawah inisiatif Klik Dengan Bijak. Saluran yang telah digunakan untuk kuiz dalam talian ini ialah Google Forms. Jumlah soalan yang terdapat dalam kuiz ini ialah sebanyak 58 soalan, dengan jumlah markah sebanyak 119 markah. Soalan dibahagikan mengikut topik dan peserta diberi peluang untuk menonton video informatif yang telah dimuatnaik di Facebook Page PEDi Pekan Lukut dan PEDi Kampung Paya pada 12 November 2022 hingga 17 November 2022. Pautan kepada video tersebut turut disertakan di permulaan topik. Lima pemenang yang mendapat markah paling tinggi akan mendapat sijil digital, dan pemenang diumumkan pada 30 November 2022 melalui Facebook Page PEDi Pekan Lukut dan PEDi Kampung Paya....baca selanjutnya

PERKONGSIAN VIDEO RINGKAS ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 12 - 17 November 2022

Aktiviti ini telah dijalankan bersempena Malaysia ICT Volunteer (MIV) Bersama Komuniti di Peringkat Negeri Sembilan Bagi Tahun 2022. Aktiviti Perkongsian Video Ringkas ini telah dijalankan selama enam hari, bermula pada 12 November 2022 hingga 17 November 2022. Topik yang telah dipilih untuk perkongsian ini adalah topik-topik yang boleh didapati di bawah inisiatif Klik Dengan Bijak. Sukarelawan daripada kumpulan 6 telah menyediakan video ringkas berdasarkan maklumat yang didapati dari laman web Klik Dengan Bijak. Video ringkas telah dimuatnaik ke Facebook Page PEDi Pekan Lukut dan PEDi Kampung Paya pada jam 2.30 petang. Setiap PEDi yang terlibat memuatnaik satu video pada satu hari. Jumlah video yang telah dimuatnaik ialah sebanyak dua belas video. Video ringkas ini boleh diakses oleh pengikut Facebook Page PEDi Pekan Lukut dan PEDi Kampung pada bila-bila masa....baca selanjutnya

PROGRAM USAHAWAN DIGITAL ANJURAN PEDI PEKAN LUKUT DAN PEDI KAMPUNG PAYA DENGAN KERJASAMA MARA PORT DICKSON

Aktiviti Terkini | 27 Oktober 2022

PEDi Pekan Lukut dan PEDi Kampung Paya telah bergabung tenaga untuk menganjurkan Program Usahawan Digital dengan Kerjasama MARA Port Dickson. Program ini dibuka kepada mereka yang berminat untuk menjadi berniaga secara dalam talian dan telah dijalankan di Bilik Seminar PEDi Kampung Paya. Platform perniagaan dalam talian yang menjadi pilihan untuk program ini ialah TikTok Shop. Program ini dimulakan dengan pengenalan mengenai Pusat Ekonomi Digital, diikuti oleh langkah untuk mencipta akaun TikTok Seller dan menghubungkan akaun tersebut dengan akaun TikTok yang baru atau sedia ada. Petugas telah membantu peserta untuk memasukkan barang jualan ke dalam akaun, dan memasukkan pilihan barang jualan ke dalam video TikTok. Program ini diakhiri dengan latihan membuat siaran langsung (live) melalui akaun TikTok masing-masing....baca selanjutnya

AKTIVITI BULANAN : GOTONG ROYONG PERDANA SURAU AL HIDAYAH RUMAH RAKYAT KUALA LUKUT

Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2022

Aktiviti ini dijalankan di Surau Al Hidayah Rumah Rakyat Kuala Lukut. Aktiviti dimulakan dengan menjalankan kerja-kerja pembersihan bahagian dalam dan luar surau termasuk tandas dan sekitar perkarangan surau. Bagi barang-barang yang tidak boleh digunakan akan dihantar ke tempat pelupusan sampah. Barang-barang yang masih boleh digunakan semula, di basuh, di lap dan juga di cat. Akhir sekali, jamuan ringan disediakan bagi mereka yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program gotong-royong ini....baca selanjutnya

MALAYSIA ICT VOLUNTEER (MIV) BERSAMA KOMUNITI : KLIK DENGAN BIJAK (PERMAINAN DALAM TALIAN & PENGANTUNAN DALAM TALIAN)

Aktiviti Terkini | 15 September 2022

Bersempena MIV Bersama Komuniti di Peringkat Negeri Sembilan Bagi Tahun 2022, Kumpulan 6 yang terdiri daripada PEDi Pekan Lukut dan PEDi Kampung Paya telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak (KDB) bersama pelajar Tabika Kemas Batu 2, Port Dickson. Aktiviti ini telah dijalankan di Bilik Seminar PEDi Kampung Paya. Topik KDB yang telah diketengahkan ialah Permainan Dalam Talian dan Pengantunan Dalam Talian. Aktiviti ini telah berlangsung selama satu jam, bermula pada jam 2.00 petang hingga 3.00 petang. Petugas telah memberi penerangan mengenai KDB, termasuk maksud, topik di bawah program advokasi Klik Dengan Bijak, definisi pengguna internet bijak, dan sebagainya. Bagi dua topik yang yang telah dipilih, petugas telah memberi penerangan definisi, contoh dalam kehidupan seharian, contoh mangsa, cara untuk mengatasi masalah semasa bermain permainan dalam talian dan cara untuk mengelakkan dari menjadi mangsa pengantunan dalam talian....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2022

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2022

Pertandingan ini dijalankan di PEDi Pekan Lukut sempena menyambut bulan kemerdekaaan bagi tahun 2022. Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Pertama bagi Tahap 1 dan Kategori Kedua bagi Tahap 2. Keutamaan diberikan kepada peserta yang menjadi ahli PEDi Pekan Lukut. Petugas memberi kan kertas untuk diwarnakan yang bertema “Keluarga Malaysia Teguh Bersama” dan juga bahan untuk mewarna. Pemenang bagi tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap kategori akan dipilih dan peserta yang mendapat tempat keempat hingga keenam akan diberikan saguhati. Aktiviti diakhiri dengan penyampaian hadiah dan saguhati kepada peserta....baca selanjutnya

KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN MPKK KAMPUNG KUALA LUKUT

Aktiviti Terkini | 17 Julai 2022

Aktiviti ini telah dijalankan di Balai Raya Kampung Kuala Lukut. Aktiviti ini telah dianjurkan oleh pihak MPKK Kampung Kuala Lukut, dan disertai oleh pihak Hospital Port Dickson. Tujuan utama Kempen Derma Darah ini ialah untuk memberi pendedahan kepada penduduk setempat mengenai kepentingan untuk menderma darah dan bagaimana perkara ini dapat membantu mereka yang memerlukan. Selain itu, pihak PEDi Pekan Lukut dan MPKK Kampung Kuala Lukut mengambil kesempatan ini untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan komuniti berdekatan dengan PEDi Pekan Lukut....baca selanjutnya

PROGRAM KAMPUNG ANGKAT BERSAMA KLINIK KESIHATAN LUKUT, PORT DICKSON

Aktiviti Terkini | 7 Jun 2022

Aktiviti ini dijalankan di kawasan perumahan Rumah Rakyat Kuala Lukut. Dua orang doktor gigi dan seorang jururawat dari Klinik Kesihatan Luut terlibat dalam program ini. Penduduk-penduduk yang telah memberi nama kepada pihak PEDi akan melakukan pemeriksaan gigi secara percuma. Pihak Klinik Kesihatan Lukut akan mengunjungi dari satu rumah ke satu rumah untuk membuat pemeriksaan gigi. Bagi mereka yang membuat pemeriksaan gigi melalui program ini, mereka boleh terus ke Klinik Kesihatan Lukut untuk melakukan pemeriksaan lanjut. Aktiviti diakhiri dengan penyerahan cenderahati kepada penduduk....baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE : SCREEN TIME

Aktiviti Terkini | 14 Mei 2022

Aktiviti ini dijalankan secara atas talian menerusi Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Pekan Lukut. Facebook Live ini bertujuan untuk memberi serba sedikit maklumat mengenai 'Screen Time'. Fokus utama live ini ialah untuk memberi penjelasan mengenai 'screen time', kesan 'screen time' berlebihan, garis panduan mengikut umur, dan pengurusan 'screen time' di rumah. Facebook Live ini terbuka kepada semua ahli PEDi Pekan Lukut, dan pengikut Facebook Page Pusat Ekonomi Digital – PEDi Pekan Lukut....baca selanjutnya

AKTIVITI BULANAN : PROGRAM BUBUR LAMBUK SURAU AL HIDAYAH RUMAH RAKYAT KUALA LUKUT

Aktiviti Terkini | 17 April 2022

Aktiviti ini dijalankan di Surau Al Hidayah Rumah Rakyat Kuala Lukut. Seminggu sebelum berlangsungnya program, AJK surau meminta bantuan petugas untuk membuat “brochure” untuk diedarkan kepada penduduk setempat. Aktiviti dimulakan dengan penduduk menyediakan bahan-bahan masakan untuk bubur lambuk dan diikuti dengan proses memasak. Akhir sekali, pembungkusan dan pengagihan bubur lambuk kepada penduduk setempat Rumah Rakyat Kuala Lukut...baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE : GOOGLE FORMS (CARA UNTUK MEMBUAT QUIZ)

Aktiviti Terkini | 13 Mac 2022

Aktiviti ini dijalankan secara atas talian menerusi Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Pekan Lukut. Facebook Live ini bertujuan untuk menjelaskan dan menunjukkan cara untuk membuat kuiz atas talian dengan menggunakan Google Forms. Petugas telah memberikan penerangan mengenai cara untuk menetapkan Google Forms sebagai kuiz, cara untuk membuat soalan, dan jenis setiap pilihan jawapan yang disediakan. Facebook Live ini terbuka kepada semua ahli PEDi Pekan Lukut, dan pengikut Facebook Page Pusat Ekonomi Digital – PEDi Pekan Lukut....baca selanjutnya

AKTIVITI BULANAN : KELAS 3D SKETCH UP ( KEYCHAIN DESIGN)

Aktiviti Terkini | 6 & 1 Februari 2022

Aktiviti ini dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Pekan Lukut. Kelas ini terdiri daripada 2 kelas, yang dijalankan pada hari berbeza iaitu 6 dan 11 Februari 2022 untuk mengelakkan keadaan yang ramai dalam situasi COVID-19. Kelas ini telah berlangsung selama 1 jam 30 minit, bermula pada jam 3.30 petang sehingga 5.00 petang. Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan terlebih dahulu mengenai keychain yang selalu digunakan dan bagaimana keychain ini juga boleh direka menggunakan 3D Sketch Up. Petugas menunjukkan kepada pelajar design keychain yang sudah direka oleh petugas dan kemudian petugas mereka semula keychain tersebut dihadapan kelas untuk memberi kefahaman dan memudahkan pelajar. Selepas itu, petugas memberi peluang kepada pelajar untuk mereka keychain mereka tersendiri. Pembelajaran kelas ini akan bersambung pada bulan hadapan kerana petugas hanya menerangkan separuh langkah sahaja....baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE : KLIK DENGAN BIJAK (JENAYAH SIBER)

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2022

Aktiviti ini dijalankan secara dalam talian menerusi Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Pekan Lukut. Facebook Live ini bertujuan untuk menbincangkan salah satu subtopik di bawah Klik Dengan Bijak, iaitu Jenayah Siber. Dengan perkembangan teknologi zaman kini, pengguna lebih mudah terdedah dengan ancaman siber. Petugas telah memberikan penerangan mengenai definisi jenayah siber, jenis dan contoh jenayah siber, dan cara untuk menjadi ahli masyarakat siber yang bijak. Facebook Live ini terbuka kepada semua ahli PEDi Pekan Lukut, dan pengikut Facebook Page Pusat Ekonomi Digital – PEDi Pekan Lukut....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti