Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Lukut sebelum ini merupakan sebahagian dari kawasan negeri Selangor. Lukut terletak antara Tanjung Tuan dan Sungai Sepang. Ia dibuka oleh Raja Busu iaitu keturunan raja-raja Selangor pada kurun ke-19 semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah ibni almarhum Sultan Ibrahim iaitu Sultan Selangor ketiga. Lukut sangat kaya dengan bijih timah dan ini mendorong penghijrahan orang Cina Hailam beramai-ramai terutamanya dari Melaka datang melombong mengusahakan perlombongan bijih timah. Cukai yang dikenakan oleh Raja Busu adalah sebanyak 10% daripada harga timah telah menjadikan beliau sangat kaya. Namun cukai itu tidak diberikan kepada Sultan Selangor sehingga cukai itu semakin bertambah hingga ke beberapa kali ganda. Kenaikan cukai itu telah menyebabkan orang Cina menderita dan mereka secara beramai-ramai berjumpa dengan Raja Busu untuk berunding mengenai perkara tersebut. Pada suatu masa, terjadi suatu pergaduhan di antara orang Cina yang begitu marah melihat longgokan bijih timah yang banyak di istana Raja Busu. Dalam pergaduhan itu Raja Busu dan keluarganya telah terbunuh. Orang-orang Melayu kemudiannya membalas dendam dengan membunuh ramai orang Cina.

Raja Jaafar Raja Ali seorang pembesar Melayu berasal dari Riau berketurunan Bugis bersama anaknya Raja Jumaat dan Raja Abdullah telah datang untuk membangunkan semula Lukut. Apabila Raja Jaafar mangkat pemerintahan Lukut diserah kepada Raja Jumaat dan adiknya Raja Abdullah . Raja Jumaat merupakan seorang raja yang pandai memerintah, bijaksana dan sentiasa berusaha memperbaiki pemerintahannya di Lukut. Beliau telah membina Kota Lukut di atas sebuah bukit bernama Bukit Gajah Mati ataupun Bukit Raja. Pembangunan di Lukut satu masa dahulu diceritakan adalah jauh lebih maju dari Selangor dengan kedai berdinding bata dan beratap genting serta deretan perumahan pekerja lombong. Beliau turut mewujudkan pasukan polis yang berpakaian lengkap serta mempunyai nombor pada songkok mereka. Raja Jumaat turut membantu adiknya Raja Abdullah membuka lombong bijih timah di Ampang dan Kuala Lumpur.

Raja Jumaat telah memerintah Lukut selama 18 tahun. Beliau mangkat pada tahun 1864 dan putera gaharnya, Raja Bot telah mengantikan beliau. Kemerosotan hasil bijih timah menjadi faktor utama ramai penduduk Lukut berhijrah ke tempat lain. Pada 31 Julai 1880 satu perjumpaan antara Sultan Abdul Samad, Raja Bot, Dato’ Kelana Sungai Ujong dan pihak British telah diadakan di Singapura. Hasilnya Lukut dimasukkan ke dalam pemerintahan Sungai Ujong.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


AKTIVITI BULANAN : KELAS 3D SKETCH UP

Aktiviti Terkini | 11 Disember 2021

Aktiviti ini dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Pekan Lukut. Kelas ini telah berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 3.00 petang sehingga 4.00 petang. Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan terlebih dahulu bagaimana untuk menggunakan 3D Sketch Up dan semua toolbar yang terdapat didalamnya. Ini berikutan sudah beberapa bulan kelas tidak dapat dijalankan di PEDi disebabkan COVID-19. Petugas menerangkan kepada pelajar bagaimana untuk menghasilkan sebuah rumah yang mudah dan tools yang harus digunakannya. Selepas itu, petugas memberi peluang kepada pelajar untuk menghasikan rumah mereka mengikut kreativiti dan cita rasa masing-masing....baca selanjutnya

AKTIVITI BULANAN : KELAS MICROSOFT PAINT BERSAMA PELAJAR TABIKA KEMAS BATU 3 KUALA LUKUT

Aktiviti Terkini | 19 November 2021

Aktiviti ini dijalankan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pekan Lukut dan kelas Microsoft Paint ini disertai oleh tiga orang pelajar dari Tabika Kemas Batu 3 Kuala Lukut, Port Dickson. Kelas ini terlah berlangsung selama 1 jam 30 minit, bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Kelas dimulakan dengan memberi penerangan kepada pelajar mengenai Microsoft Paint. Ini termasuklah mengenai jenis alat tulis, pemadam, dan pilihan warna. Petugas memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan Microsoft Paint melalui penggunaan Smart Board yang terdapat di Bilik Seminar. Setiap pelajar diberi peluang untuk menulis dan melukis di aplikasi tersebut mengikut giliran. Pelajar diberi peluang untuk menulis semua huruf, di samping melukis gambar seperti bentuk pokok, hati, dan rumah....baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE : KELAS SHOPEE INTERMEDIATE – BAB 3 (BAHAGIAN 4 : KADAR PESANAN TIDAK DIPENUHI & KADAR PENGHANTARAN LEWAT)

Aktiviti Terkini | 9 Oktober 2021

Aktiviti ini dijalankan secara atas talian menerusi Facebook Page Pusat Internet Komuniti Pekan Lukut – DIGI. Aktiviti ini merupakan satu Kerjasama antara empat buah Pusat Internet Komuniti, iaitu PIK Pekan Lukut, PIK Sri Pajam, PIK Kg. Kering, dan PIK Kg. Paya. Facebook Live ini bertujuan untuk memberikan penerangan mengenai salah satu polisi yang ditetapkan oleh Shopee. Polisi tersebut ialah Polisi Pemenuhan Shopee dan terdapat dua kadar yang berkaitan. Dua kadar tersebut ialah Kadar Pesanan Tidak Dipenuhi dan Kadar Penghantaran Lewat. Petugas telah memberikan penerangan yang menyeluruh mengenai dua kadar ini, termasuklah definisi, cara pengiraan, dan mata penalti yang dikenakan. Facebook Live ini terbuka kepada semua ahli PIK Pekan Lukut, pengikut Facebook Page Pusat Internet Komuniti Pekan Lukut – DIGI, dan ahli tiga buah Pusat Internet Komuniti lain yang terlibat....baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE : KELAS SHOPEE BASIC – BAB 6 (BAHAGIAN 3 : BAYARAN TRANSAKSI SHOPEE)

Aktiviti Terkini | 18 September 2021

Aktiviti ini dijalankan secara atas talian melalui Facebook Page Pusat Internet Pekan Lukut – DIGI. Aktiviti ini merupakan satu kerjasama antara empat buah Pusat Internet Komuniti, iaitu PIK Sri Pajam, PIK Kg. Kering, PIK Kg. Paya, dan PIK Pekan Lukut. Facebook Live ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai salah satu ciri penting dalam sesuatu perniagaan, khususnya di atas platform e-dagang Shopee. Ciri tersebut ialah, Kewangan. Petugas juga memberi penerangan menyeluruh mengenai Bayaran Transaksi Shopee, termasuk contoh-contoh pengiraan. Facebook Live ini terbuka untuk semua ahli PIK Pekan Lukut dan pengikut Facebook Page PIK Pekan Lukut..baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE : KELAS SHOPEE – BAB 5 (BAHAGIAN 2 : PROMOSI DISKAUN)

Aktiviti Terkini | 22 Ogos 2021

Aktiviti ini dijalankan secara atas talian melalui Facebook Page Pusat Internet Pekan Lukut – DIGI. Aktiviti ini merupakan satu kerjasama antara 4 Pusat Internet Komuniti, iaitu PIK Sri Pajam, PIK Kg. Kering, PIK Kg. Paya, dan PIK Pekan Lukut. FB Live ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai salah satu peralatan pemasaran di bawah Pusat Pemasaran yang disediakan oleh platform e-dagang, Shopee, iaitu Promosi Diskaun. Facebook Live ini terbuka untuk semua ahli PIK Pekan Lukut dan pengikut Facebook Page PIK Pekan Lukut....baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE : PENGETAHUAN ASAS MENGENAI INTERNET

Aktiviti Terkini | 15 Julai 2021

Penerangan berkaitan Pengetahuan Asas Mengenai Internet dengan cara yang mudah untuk difahami....baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE : TAWARAN KHAS JARINGAN PRIHATIN DENGAN DIGI

Aktiviti Terkini | 16 Jun 2021

Penerangan berkaitan Tawaran Khas Jaringan Prihatin Dengan Digi inisiatif daripada Kerajaan Malaysia bersama dengan Syarikat Telekomunikasi antaranya adalah Digi. Tawaran ini boleh digunakan bagi pengguna Digi yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)....baca selanjutnya

AKTIVITI BULANAN : AKTIVITI MEMBUAT KAD UCAPAN SEMPENA HARI IBU

Aktiviti Terkini | 8 Mei 2021

Peserta menghasilkan kad ucapan sempena Hari Ibu yang disambut pada 08 Mei setiap tahun. Peserta menggunakan kreativiti masing-masing untuk menghasilkan kad ucapan yang cantik untuk dihadiahkan kepada ibu mereka....baca selanjutnya

AKTIVITI BULANAN : AKTIVITI MENGHASILKAN LUKISAN MENGGUNAKAN GULUNGAN KERTAS WARNA

Aktiviti Terkini | 25 April 2021

Peserta menghasilkan satu lukisan dengan menggunakan gulungan kertas warna. Sebelum aktiviti dimulakan, petugas menerangkan kriteria yang diperlukan dan juga menunjukkan contoh-contoh lukisan di atas talian sebagai rujukan. Aktiviti diakhiri dengan penyampaian saguhati kepada semua peserta....baca selanjutnya

AKTIVITI BULANAN : AKTIVITI MEMBUAT PENANDA BUKU KREATIF

Aktiviti Terkini | 21 Mac 2021

Peserta menghasilkan penanda buku kreatif dengan menggunakan kertas warna. Sebelum aktiviti dimulakan, petugas menerangkan kriteria yang diperlukan dan juga menunjukkan contoh-contoh penanda buku sebagai rujukan. Aktiviti diakhiri dengan penyampaian saguhati kepada semua peserta....baca selanjutnya

AKTIVITI BULANAN : MENGHASILKAN LUKISAN MENGGUNAKAN APLIKASI CANVA

Aktiviti Terkini | 22 Februari 2021

Peserta menghasilkan lukisan menggunakan aplikasi canva dengan tema tajuk bebas. Aktiviti diakhiri dengan penyampaian saguhati kepada semua peserta....baca selanjutnya

ADVOKASI JENAYAH SIBER

Aktiviti Terkini | 30 Januari 2021

Perkongsian berkenaan salah satu risiko di atas talian iaitu Scam, selain perkongsian berkenaan Check Your Label dan Mobile E-Waste....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti